GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week - Page 4 of 8 - Glam Malaysia

GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week

Extravagant merupakan perkataan yang sesuai tatkala menerangkan Minggu Fesyen Adi Busana di Paris baru-baru ini dan saban musim pereka-pereka fesyen tidak pernah mengecewakan lagi dengan koleksi mereka.

 

Musim ini juga menampakkan beberapa kedatangan baru kepada jadual Couture Week dengan penambahan seperti Rodarte dan Proenza Schouler untuk koleksi Spring 2018 mereka.

 

Couture Week juga merupakan peluang buat pereka fesyen untuk bereksperimen dengan konsep-konsep yang mungkin mereka enggan gunakan dalam koleksi ready-to-wear mereka dan honestly kami tidak kisah pun jika mereka menerapkan konsep adi busana ke dalam koleksi sedia pakai mereka.

 

GLAM menyenaraikan koleksi-koleksi yang menambat hati fesyen kami sepanjang Fall 2017 Couture Week ini:

4 of 8

RALPH & RUSSO

“Kami ingin menghasilkan koleksi yang sangat mewah, yang melambangkan wanita Ralph & Russo,” ujar Tamara Ralph mengenai koleksi adi busananya.

 

Setiap satu daripada 56 ceraian yang ditampilkan, tidak ada satu pun yang mengecewakan especially waktu finale yang menampilkan Sonam Kapoor  mengenakan gaun mewah dengan les Champagne Chantilly, overskirt berganda Duchess, dan veil panjang yang memakan masa 6,000 jam untuk disiapkan.