GLAM Pick: Koleksi Standout Paris Fashion Week S/S 2019

GLAM Pick: Koleksi Standout Paris Fashion Week S/S 2019

Paris Fashion Week untuk musim bunga 2019 telah mempamerkan ratusan ceraian menarik yang turut menggabungkan pelbagai jenis trend baru dan olahan trend lama yang diberi sentuhan lebih moden. Dari Dior hingga ke Louis Vuitton kesemua rumah-rumah fesyen ini telah memberikan interpretasi unik mereka sendiri untuk fashionista kita bagi tahun 2019. Tetapi yang manakah paling menonjol daripada semua koleksi yang telah dipamerkan? GLAM punyai jawapannya.

 

Givenchy

[envira-gallery id=”84897″]

Clare Waight Keller telah diberi kebebasan sepenuhnya sewaktu dia menerima tawaran sebagai pengarah kreatif wanita pertama Givenchy. And that is just what she did. Menggunakan pengalaman dan kemahirannya dalam menghasilkan koleksi buat wanita oleh seorang wanita. Muse Waight Keller untuk koleksi musim ini adalah seorang wanita yang gemar mengaburi garisan antara feminin dan maskulin. Menggabungkan elemen maskulin ke dalam siluet feminin membuatkan kisah disebali koleksi ini lebih bermakna. Selain mencabar norma masyarakat when it comes to gender roles, Waight Keller tidak peduli. Jaket dan kemeja diberi siluet bahu yang lebar dan dipadankan dengan skirt mahupun seluar high waist untuk mengimbangkan look pada model. Dress pula diberi potongan asimetri dan siluet yang feminin untuk memberi bentuk idaman.

See also
Senarai Trailer Dokumentari Fesyen Harus Tonton

 

Valentino

[envira-gallery id=”84898″]

“Saya menggambarkan syurga, koloni-koloni si artis pada masa lalu yang merupakan tempat untuk mereka membawa diri dan menunjukkan diri sebenar mereka,” kata Pierpaolo Piccioli. Dengan kepercayaan bahawa anda tidak perlu membawa diri to be who you are, Piccioli telah mempersembahkan koleksi penuh kelas dan apda masa yang sama mengusik norma yang dikenali ramai perihal konsep musim bunga. Dibuka dengan ceraian serba hitam beropol avant garde, ceraian-ceraian seterusnya ibarat evolusi siluet yang pelbagai. Ditambah pula rona-rona warna, corak berani, ceraian berlisu yang lazim dengan Rumah Valentino, Piccioli memadankan semua ini dengan aksesori that just screams Valentino.

 

Saint Laurent

[envira-gallery id=”84899″]

Meraikan kebebasan seksual dalam pemakaian wanita ilham fesyen Perancis era 70-an dan 80-an, Anthony Vaccarello memastikan gadis-gadis Saint Laurent mempunyai kebebasan tersebut. Memanipulasikan rona hitam dengan aneka siluet, model-model yang berjalan pada malam itu tampil menggayakan tuksedo, seluar pendek, rompi, dress mini, dan beberapa ceraian dress chiffon yang memberi ilusi seakan swimsuit namun dalam versi high fashion.

 

Louis Vuitton

[envira-gallery id=”84900″]

Nicolas Ghesquière membawa mereka yang hadir pada malam itu dalam satu kembara untuk melihat masa depan dengan koleksi ini. Dalam dunianya sendiri, Ghesquière menggabungkan elemen futuristik dengan sesuatu yang retro, Gadis LV yang membanjiri pentas peragaan tampil menggayakan jaket besar dengan lengan poofy, romper dan dress sins, dan tiga look terakhir yang dipersembahkan memberi tanggapan seolah-olah gadis-gadis tersebut mengenakan sut angkasawan dari masa hadapan.

See also
Fashion Face-Off: Siapa Lagi Bergaya? Kate Atau Sophie?

 

Gucci

[envira-gallery id=”84901″]

Lazim dengan visi Alessandro Michele yang gemar memetik inspirasi daripada era-era keagungan dan evolusi fesyen 70-an dan 80-an, koleksi musim bunga 2019 Gucci was all of that. Penggunaan labuci, bulu pelepah burung unta, rumbai, aneka blazer, dress panjang, pendek, dan adi busana, dan juga beberapa orang model yang tampil memakai seluar dalam sebagai pelengkap look mereka. Tabiat Michele menerokai zaman lampau membuatkan visinya lebih kuat dan dia berupaya membentukkan visi tersebut untuk disesuaikan dengan citarasa penghuni bumi zaman kini.

 

Chanel

[envira-gallery id=”84902″]

Memegun orang ramai, sekali lagi, dengan set pentas peragaan mewahnya Karl Lagerfeld kali ini membawa pantai tropikal kepada mereka yang hadir. Deruan ombak dan mata lifeguard yang sering memerhati menambahkan lagi kepada suasana pada hari itu. Koleksi Lagerfeld kali ini membawa kembali perjuangan Coco Chanel dalam memastikan wanita bisa menjadi yakin dengan rekaannya. Siluet inspirasi 80-an jelas ternyata dalam koleksi ini. Daripada jaket tweed hingga ke summer dress, gadis-gadis Chanel ini bersedia untuk menerokai diri mereka dikelilingi bayu laut and to just have fun.

See also
Aksesori Gajet Fendi x Chaos Buat Wanita Cool

 

Off-White

[envira-gallery id=”84903″]

Mengahwinkan athleisure dan high fashion, Virgil Abloh membuktikan kebolehannya kepada dunia dengan koleksi ini. Mendapat inspirasi ikutan kerjasamanya bersama atlet dunia Serena Williams, Abloh telah menghasilkan ceraian-ceraian yang bukan sahaja sekadar pakaian di atas tubuh seorang wanita. Setiap ceraian mempunyai kegunaan mereka sendiri. Dress menggunakan fabrik stretchy dipadankan dengan potongan tulle. Seluar pendek dan bodysuit yang sering dilihat pada tubuh atlet diberi sentuhan high fashion dan mengekalkan fungsi praktikal.

 

Miu Miu

[envira-gallery id=”84904″]

Menggunakan obsesi generasi millenial terhadap elemen vintaj dan retro, Miuccia Prada menzahirkan koleksi Miu Miu yang sarat dengan ceraian cukup lazim dengan DNA Miu Miu. Short shorts, skirt slip, dress yang funky dan juga jaket-jaket dengan siluet maskulin yang menjadi kegilaan gadis-gadis era ini seperti mana it was a thing pada era 80-an dan 90-an.