GLAM Persona: Most GLAM & Alpha Men 2021 - Glam Malaysia
MOST GLAM ALPHA MEN 2021

GLAM Persona: Most GLAM & Alpha Men 2021

BUAT JULUNG KALINYA, MOST GLAM DAN ALPHA MEN DIPERTONTONKAN SEKALI DALAM SATU LEMBARAN. 10 HIGH ACHIEVERS BAWAH 35 TAHUN INI MENYALAKAN OBOR BAHARU GENERASI SEKARANG. BIJAK MENGGALAS TUGAS MASING-MASING DENGAN STAIL CUKUP JITU.

PENGARAH KREATIF: AIZAT AIDID, KHAIRUL ABIDIN & NISA HALID PENGARANG FESYEN: JOHAN KASSIM PENGARANG GAYA HIDUP: MUZAMMIN MUZLAN PENGARANG RENCANA: ZUHAIRIE SAHROM PENGARANG KECANTIKAN: JULIA AZMAN PENGARAH SENI KANAN: AMIRUL ARIFFIN GAMBAR: CHEE WEI SOLEKAN: KF BONG & SAHIR SABRI MENGGUNAKAN GUCCI BEAUTY DANDANAN: JUNO KO BUSANA: GUCCI

Busana dan aksesori Gucci

INTAN NAJUWA, 24 

PELAKON DAN PENGASAS DICO BEAUTY & WELLNESS

Anak kedua dari tiga beradik perempuan, Intan Najuwa Abdul Wahid memulakan langkah kerjaya lakonannya di usia 18 tahun. Mulanya mengikat kontrak bersama Metrowealth International Group (MIG), gadis jati kelahiran Johor ini diperkenalkan oleh David Teo yang merupakan pengasas juga Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures. Pada tahun 2016, Intan mula mendapat perhatian umum menerusi wataknya sebagai Abby yang bergandingan bersama Shukri Yahaya; dalam siri drama televisyen komedi romantis Hantu Punya Bos. Tahun berikutnya, Intan sekali lagi menjadi bualan hangat penonton tempatan bergandingan hero pujaan Malaya, Remy Ishak dalam drama Kekasih Paksa Rela. Memegang karakter sebagai Hanan Khaira, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 lantas meraih sebanyak 11 juta penonton. Siri ini juga boleh ditonton menerusi penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3 sehingga ke hari ini. 

See also
Barangan Kemas Paling Popular Di Internet Ialah...

“Drama yang paling berjaya Intan bintangi adalah Kekasih Paksa Rela bersama abang Remy. Kiranya itulah masterpiece langsung menjadi batu loncatan buat Intan. Teringat kembali saat Intan menghadiri casting lakonan untuk watak pelakon pembantu yang bakal ditayangkan menerusi saluran TV3. Namun, sebaliknya Intan terpilih untuk memegang watak utama dan waktu itu juga Intan baru berjinak dalam lapangan lakonan. Dalam pada masa yang sama sedang menekuni pembelajaran dalam jurusan pengurusan perniagaan. Saat itu pengetahuan mengenai dunia lakonan amat tipis. Dari segi cara pengolahan lakonan, sehinggalah selok belok di set penggambaran. Like zero. Intan hanya sempat masuk ke kelas lakonan hanya seminggu buat persiapan drama tersebut. Setelah itu, ilmu lainnya diperolehi dari pemerhatian serta pertanyaan kepada krew, juga para pelakon yang turut membintangi drama itu. Sebagai anak seni, saban hari kita senantiasa mempelajari perkara yang baru bagi menajamkan mutu lakonan,” cerita Intan mengenai pengalamannya kala mula melangkah memasuki gelanggang lakonan tempatan pada tahun 2015.

most glam & alpha men 2021

Sut lengkap dan kasut Gucci

BEN AMIR, 31

See also
Gift Giving Gucci Semarak Gaya Hujung Tahun Anda

PELAKON DAN PENGASAS MINUMAN BERVITAMIN BENTAMIX

Muhammad Amir Sabaruddin lebih dikenali sebagai Ben Amir adalah model, pelakon juga usahawan muda. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang finalis Hero Remaja sesi 2011/2012 di samping Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan. Kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama serta filem. Ben memulakan langkah sebagai pelakon tambahan memegang watak sampingan. Dari bawah, Ben menelusuri lapangan seni dalam pada masa yang sama menceburi dunia peragaan. Awal tahun ini, anak keempat dari lima beradik ini mengambil inisiatif dengan tampil memperkenalkan produk minuman bervitamin dinamai Bentamix. “Saya melanjutkan pendidikan di UiTM Kampus Lendu, Melaka dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan. Kedua ibu bapa saya berasal daripada Ipoh, Perak. Namun, saya dilahirkan di Kuala Lumpur, tetapi sering berpindah ke negeri-negeri lain atas faktor kerjaya orang tua. Saya merupakan anak yang ke-4 daripada 5 adik-beradik. Kakak yang pertama, kedua dan ketiga ialah abang saya dan bongsu adalah adik lelaki. Saya sukakan aktiviti yang banyak menggerakkan saya. Umpamanya futsal, hiking, dan aktiviti sukan luar lainnya yang mencabar mental dan fizikal. Saya juga gemar lakukan aktiviti seni mempertahan diri seperti, muay thai, boxing dan kickboxing,” jelas Ben mengulaskan sedikit latar belakangnya.

See also
Irina Shayk, Ratu Fesyen "Lockdown"

Drama Sweet Dreams yang ditayangkan pada 2019 benar-benar memberi impak besar dalam kerjaya lakonan Ben Amir. Lakonan mantapnya menarik perhatian penonton. “Saya melakonkan watak Qash Adam Menerusi drama Sweet Dreams, bersama Mira Filzah. Drama arahan Michael Ang ini bersiaran di Astro Ria pada Ogos 2019. Namun, setelah 2 tahun ia masih dibualkan. Saya memanjatkan kesyukuran kepada hadrat Ilahi kerana diberi peluang ini. Secara tidak langsung, membuka lebih banyak pintu rezeki buat Ben. Pada bulan Oktober ini, Ben bakal terlibat dengan penggambaran drama bersiri arahan Michael Ang. Berjudul Tikam, menceritakan tentang pembunuhan dan penyiasatan yang bakal disiarkan di Astro.  Selain itu, bakal terlibat dengan siri sebanyak 20 episod di Astro, berjudul KL Motion. Ben memegang watak sebagai seorang peguam. Turut sama, membintangi drama bersiri genre aksi komedi berunsur Spy untuk siaran TV3. Dan akhir sekali, pada bulan Disember tahun ini, saya akan terlibat dengan siri yang diadaptasikan dari filem Daulat. Ia mengenai politik, iaitu perdana menteri wanita yang pertama. Saya memegang watak sebagai salah seorang ahli politik. Kesemua ini akan disiarkan pada tahun ini dan tahun hadapan.”

Baca lanjut dalam GLAM Oktober 2021

Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Paulius Staniunas, The Amazing Guy!