Use your ← → (arrow) keys to browse
5. Syomirizwa Gupta
Foto: Syomirizwa Gupta
Menyuntik esen semangat Parisan, Syomirizwa Gupta mempersembahkan koleksi Lé Raya Chic Raya 2025 yang merupakan penyatuan indah antara kecanggihan Paris dan warisan Malaysia. Diilhamkan daripada daya tarikan romantis Paris, yang memegang tempat istimewa dalam kenangan zaman kanak-kanak Syomir akan kecintaan terhadap muzikal berinspirasikan Perancis. Koleksi ini menghimpunkan busana raya dengan keanggunan gaya moden. Menampilkan 10 helaian desain memukau, koleksi ini menghadirkan fabrik bermaterial mewah seperti crepe de chine, renda Perancis dan Damask. Syomir yang juga cukup terkenal dengan suka akan palet terang, mempamerkan rona termasuk biru, merah jambu, merah, putih dan hitam yang kaya dan berani. Pengaruh dari motif desa Perancis dan seni bina Paris, ditawarkan ke dalam setiap rekaan seperti gabungan baju kurung dan siluet kebaya yang timeless, disesuaikan dengan sempurna buat penata wanita Malaysia moden. Ia nyata sebuah koleksi yang merayakan kewanitaan, kebanggaan budaya serta keperibadian dengan pesona Paris, sambil menghormati ketukangan tradisional dengan bakat kontemporari.