Use your ← → (arrow) keys to browse
Tampil menawan di pagi raya tahun ini dengan koleksi-koleksi terkini oleh deretan jenama tempatan. GLAM kongsi koleksi raya tahun 2025 untuk dimasukkan ke dalam add to cart!
Menjelang lagi bulan syawal untuk tahun yang terbaharu. Selepas musim perayaan yang berturut-turut untuk tahun 2025 ini, kini tiba giliran meraikan Hari Raya Aidilfitri yang amat dinanti-nantikan. Tidak lengkap juga sambutan raya bersama keluarga dan sanak-saudara tanpa padanan busana raya untuk tampilan yang mempersonakan. Tahun ini, jenama-jenama tempatan telah mempersembahkan koleksi raya mereka dan semestinya bakal menjadi rambang mata untuk dipilih.
GLAM Senarai Seleksi Koleksi Raya Tahun 2025
1. Alia Bastamam
Foto: Alia Bastamam
Alia Bastamam terus mempesonakan dengan koleksi Aidilfitrinya yang sempurna, tetap menjadi kegemaran ramai kerana siluetnya yang nyata anggun. Koleksi 2025 mempamerkan kepakarannya dalam melilit fabrik, turut serta membawakan sentuhan glamor seperti perincian jumbai kristal dan hiasan berbentuk titisan air mata menghiasi busana. Koleksi kali ini juga bermain dengan rona-rona menarik seperti potongan pastel yang memancarkan keanggunan dan ketenangan, manakala rona gelap memancarkan keyakinan dan kesegaran dan pilihan ombre menawarkan keseimbangan yang indah. Sementara itu, Alia B memperkenalkan Rhapsody, koleksi yang lebih kasual namun masih kekal menawan. Koleksi ini menampilkan 31 reka bentuk serba boleh, daripada siluet melilit hingga kaftan yang mengalir, menggabungkan warna pastel yang unik dengan rona permata yang berani, lantas memancarkan pesona raya kali ini.