GLAM It Girl: Zenia
Zenia

GLAM It Girl: Zenia

GLAM mempersembahkan It-Girl untuk bulan ini, Zenia yang merupakan seorang pempengaruh digital yang terkenal dengan fesyen old money.

Not your usual it-girl! Sebagai seorang yang menyukai gaya fesyen old money, Zenia sering dijadikan rujukan peminat fesyen terutamanya gen Z. Zenia juga menerapkan elemen chic dan minimalis dalam setiap gaya penampilannya, memberikan pesona yang elegan dengan mudah. Gadis yang mempunyai raut wajah manis ini juga merupakan pengasas produk kosmetik @zeniorbeauty. Zenia sering tampil dengan solekan clean, sesuai dengan gaya old money yang menyempurnakan penampilan keseluruhannya.

Bukan sahaja terkenal dengan gaya fesyennya, malah Zenia juga mempunyai hobi yang lain daripada yang lain. Melalui perkongsiannya di dalam media sosial, dia dilihat sebagai seseorang yang sering meluangkan waktu lapangnya dengan menunggang kuda.

Zenia, It-Girl Bulan Ini

1. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan.

Chic, sophisticated dan achiever.

Zenia

2. Siapakah wanita yang memberi inspirasi kepada anda dalam industri dan mengapa?

See also
Bintang Muda ‘STYLISH’ di Cannes 2023

Bagi diri saya, Zahirah Macwilson merupakan wanita yang memberikan inspirasi terbesar di dalam industri. Zahirah Macwilson adalah definisi sebenar keanggunan, kecerdasan, dan kecantikan. Dia membawa dirinya dengan rendah diri, memancarkan kebijaksanaan, dan menawan dengan kehadirannya yang menakjubkan.

3. Apakah prinsip yang anda pegang dalam kehidupan anda?

Keaslian. Sentiasa kekal setia kepada diri sendiri dan berpegang teguh kepada nilai anda tanpa menghiraukan tekanan luar.

4. Namakan salah satu trend fesyen kegemaran yang selalu anda gayakan?

Gaya yang minimal dan chic kekal relevan kerana ia merangkumi kesederhanaan dan sofistikated yang tidak pernah ketinggalan zaman. Garis yang bersih, keanggunan yang bersahaja dan fokus pada kualiti berbanding kuantiti memastikan gaya ini kekal relevan dan bergaya dengan mudah, tanpa mengira trend!

Zenia

5. Any favorite purchase recently? If yes, what it is?

Pembelian terkini yang saya gemari ialah wangian Nouveau Monde daripada Louis Vuitton yang merupakan wangian kegemaran saya.

6. What’s next for Zenia?

Matlamat saya seterusnya adalah untuk meningkatkan produktiviti dan mencapai kejayaan yang lebih besar sebagai pengasas dalam industri fesyen dan kecantikan.

See also
Cheongsam Moden Untuk Sambut Tahun Lunar 2021