GLAM Hijab: 5 Jenama Tudung Lokal Perlu Anda Miliki

GLAM Hijab: 5 Jenama Tudung Lokal Perlu Ada Dalam Wardrobe Anda

Industri tudung di Malaysia berkembang pesat sejak sedekad lalu, menjadikan negara ini antara pusat fesyen Muslimah paling berpengaruh di Asia Tenggara.

Di sebalik perkembangan ini, muncul beberapa jenama tempatan yang bukan sahaja mencipta trend baharu, malah berjaya membina komuniti setia melalui kualiti, inovasi dan identiti tersendiri. Setiap satu daripadanya membawa pendekatan unik dari fabrik premium, rekaan praktikal hinggalah koleksi eksklusif yang menjadi buruan penggemar fesyen.

1. Naelofar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naelofar (@naelofar)

Naelofar ialah jenama tudung tempatan yang diasaskan oleh selebriti Neelofa pada tahun 2014. Jenama ini terkenal kerana menghasilkan tudung yang moden, ringkas dan mudah dipakai. Naelofar telah mengeluarkan lebih daripada 80 koleksi tudung, termasuk shawl, bawal dan tudung instant. Banyak koleksi mereka menjadi pilihan ramai kerana harganya berpatutan dan rekaan yang sesuai dipakai untuk kerja, kelas dan aktiviti harian.

2. Tudung Ruffle

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TUDUNGRUFFLE (@tudungruffle)

Tudung Ruffle terkenal dengan tudung bawal yang senang dibentuk dan kelihatan kemas sepanjang hari. Jenama ini menggunakan kain seperti cotton voile yang lembut dan selesa dipakai. Ramai peminat bawal suka Tudung Ruffle kerana tudungnya mudah dibentuk menjadi “awning” yang cantik tanpa perlu banyak pin atau teknik lipatan. Ia sesuai untuk wanita yang mahukan tudung ringkas tetapi tetap nampak kemas.

See also
Hijab Ikon: Pesona Sopan Nora Danish Berhijab, Inspirasi Wanita Moden

3. Galeri Ariani

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Galeri Ariani (@galeriariani)

Galeri Ariani ialah salah satu jenama tudung premium di Malaysia. Mereka menawarkan banyak pilihan tudung seperti bawal, shawl dan tudung instant menggunakan fabrik berkualiti tinggi seperti chiffon dan satin. Ariani juga terkenal dengan reka bentuk yang sopan tetapi tetap ikut trend moden. Selain tudung, mereka turut mempunyai butik besar yang menjual pakaian Muslimah. Ramai memilih Ariani kerana kualitinya yang tahan lama dan nampak mewah.

4. TudungPeople

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raz Alyea (@razzzalyea)

TudungPeople dikenali kerana menghasilkan tudung yang ringan, selesa dan mudah dibentuk. Mereka menggunakan material premium seperti crepe dan satin lembut yang membuatkan tudung “jatuh cantik”. Jenama ini juga mempunyai ramai peminat dari luar negara, termasuk United Kingdom, Singapura dan Melbourne, Australia. Rekaan TudungPeople biasanya ringkas dan moden, sesuai untuk dipakai ke kelas, kerja atau majlis kasual.

See also
Hijab Ikon: Ummi Nazeera Bergaya, Modest & Chic

5. Alhumaira

Alhumaira merupakan jenama tudung yang popular dengan warna pastel lembut dan kain yang sangat selesa. Mereka menggunakan material berkualiti seperti satin Valencia yang terkenal dengan “jatuhan” cantik apabila dipakai. Alhumaira juga mempunyai butik sendiri dan sering mengeluarkan koleksi baharu yang sesuai untuk wanita muda. Jenama ini juga mempunyai duta sendiri dan sering mendapat perhatian kerana rekaan yang anggun dan mudah digayakan.

Artikel Berkaitan: Pilihan GLAM Hijab: Keanggunan Abadi Saat Raya

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.