GLAM Fashion Future 2016: Kenali Mereka - Page 5 of 6 - Glam Malaysia

GLAM Fashion Future 2016: Kenali Mereka

Debaran 25 Oogs 2016 semakin hampir. GLAM membawakan Fashion Future 2016. Tahun ini merupakan tahun kedua GLAM Fashion Future diadakan. Tahun ini GLAM Fashion Future membawa sedikit kelainan dengan menampilkan pereka fesyen antarabangsa dari Indonesia. Misi Fashion Future adalah untuk memeriahkan lagi gelanggang fesyen tempatan dengan menyediakan paltform buat pereka tanah air untuk mempamerkan nilai kreativiti masing-masing dan turut memperkenalkan generasi baru pereka fesyen tanah air.
 
Barisan enam pereka fesyen lokal dan antarabangsa yang bakal memeriahkan GLAM Fashion Future edisi kedua ini ternyata punya bakat tersendiri. Ana Abu, Shals, Arared, JN by Jiuan Ng, Kree dan Sapto Djojokartiko. Mari kenali mereka dengan lebih dekat lagi.

5 of 6

Kree

Kree Combined
 
Fashion escape! Ia adalah misi utama Kree dalam menghasilkan sesuatu ceraian fesyen mereka. Sejak terdirinya label Kree pada 2013, Reni Diana Sulaiman melihat label ini sebagai satu medium kebebasan buat pencinta fesyen dalam nada sendiri. Menjadikan laman siber sebagai pusat untuk mendapatkan item fesyen Kree lantas menjadikan fesyen label ini sebagai penggerak online shopping di Malaysia yang dapat dilihat semakin kencang. Apa yang menariknya adalah Kree tidak membatas kreativiti dan mereka pernah berkolaborasi bersama personaliti seperti Fiza Sabjahan dan Megat Alfie.
 
Jika anda berminat dengan koleksi dari Kree, anda boleh hubungi nombor: 017-2411242 (Qayyum)