GLAM Fashion Future 2016: Kenali Mereka - Page 4 of 6 - Glam Malaysia

GLAM Fashion Future 2016: Kenali Mereka

Debaran 25 Oogs 2016 semakin hampir. GLAM membawakan Fashion Future 2016. Tahun ini merupakan tahun kedua GLAM Fashion Future diadakan. Tahun ini GLAM Fashion Future membawa sedikit kelainan dengan menampilkan pereka fesyen antarabangsa dari Indonesia. Misi Fashion Future adalah untuk memeriahkan lagi gelanggang fesyen tempatan dengan menyediakan paltform buat pereka tanah air untuk mempamerkan nilai kreativiti masing-masing dan turut memperkenalkan generasi baru pereka fesyen tanah air.
 
Barisan enam pereka fesyen lokal dan antarabangsa yang bakal memeriahkan GLAM Fashion Future edisi kedua ini ternyata punya bakat tersendiri. Ana Abu, Shals, Arared, JN by Jiuan Ng, Kree dan Sapto Djojokartiko. Mari kenali mereka dengan lebih dekat lagi.

4 of 6

JN by Jiuan Ng

G 0042 3
 
Cita rasa moden dan kotemporari meletakkan label JN by Jiuan Ng ini selangkah ke hadapan daripada yang lain. Walaupun label yang didirikan oleh Jiuan Ng ini masih muda, namun ia menampakkan yang wanita ini bijak mengisi ruang kosong dalam pasaran fesyen lokal sekarang. Setiap ceraian yang dihasilkan mempunyai gaya yang tidak dimamah usia. Itu adalah DNA utama Jn by Jiuan Ng. Selain itu, misinya adalah untuk membuat wanita agar tampil sofistikated dalam sentuhan yang cukup relaks. Awal tahun ini, misinya adalah untuk mendefinisi semula makna gaya klasik dengan sentuhan yang unexpected.
 
Koleksi yang diilhamkan dari pakaian lelaki ini dipinjam dari The Boys merupakan koleksi kedua dari JN. Masih mengekalkan DNA JN, potongan bagi setiap rekaan dipadankan dengan tubuh wanita. Setiap koleksi diberikan sentuhan feminin meskipun inspirasi berdasarkan pakaian lelaki.
 
Jika anda berminat dengan koleksi dari JN, anda boleh hubungi nombor: 017-5006097 (Jiuan)

See also
Warna Pastel Warna Pilihan Ramai