GLAM 101 : Vivacious Versace!
Rekaan Versace yang sensual dengan karakter bersemangat padu sudah pun membaluti ramai personaliti wanita terkemuka dunia seperti Madonna, Lady Gaga, Jennifer Lopez dan Halle Berry. Jenama ini turut menjadi kegemaran Lady Diana yang mencipta momen penting fesyen dengan menyarung dress mini hitam menampakkan susuk tubuhnya dan dress itu digelar ‘The Divorce Dress’. Legasi Versace yang berani dan penuh berahi terus dijulang sehingga sekarang.
0 Comments