GLAM 101: Trend Beg Utiliti - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

GLAM 101: Trend Beg Utiliti

Beg utiliti dalam himpunan beg mewah yang diperbuat menggunakan material eksotik lahir pula bum bag yang memberikan kebebasan mutlak pada wanita. Asalnya ia adalah beg utiliti yang digunakan oleh orang dahulu kala seperti orang asli Amerika, kini ia diangkat sebagai item mesti ada oleh kelompok fesyen serta diperbuat menggunakan fabrik moden seperti nilon ilham Prada.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Sejak beberapa tahun lalu banyak rumah fesyen mula memberikan fokus mereka pada beg pinggang. Celine antara yang pertama memberikan seleksi beg pinggang mewah adalah buat himpunan pra-musim bunga 2015. Alexander Wang pula muncul dengan gaya beg pinggang dengan selera gaya jalanan. Chanel pula menggunakan fabrik ikonik mereka yakni tweed.

BEG PINGGANG OLEH CELINE YANG DILANCARKAN BUAT KOLEKSI PRA-MUSIM BUNGA 2015