GLAM 101: Revolusi Siber
Akhir dekad 80-an adalah momen penting yang mana lahirnya World Wide Web rekaan Tim Bernes-Lee lalu membuka peluang kepada umum untuk menggunakan servis internet. Sebelum ini internet lebih digunakan oleh angkatan tentera namun dengan dunia moden, ia membuka laluan luas kepada batalion fesyen yang membentuk trend lalu mengubah cara gaya hidup orang sekarang. Kini semuanya hanya di hujung jari daripada membeli it-bag hingga memesan kasut terbaru dari Paris.
0 Comments