GLAM 101: Fantasi Surrealism - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

GLAM 101: Fantasi Surrealism

Teks : Aizat Aidid

Dunia fesyen sering kali meminjam idea daripada lapangan seni dan momen paling utama adalah dimana seni surrealism menjadi pucuk inspirasi utama banyak pereka fesyen pada dekad 30-an. Hasil seni artis seperti Salvador Dali, Frida Kahlo, Andre Breton dan Pablo Picasso membuahkan idea kreatif kepada orang fesyen.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Hubungan golongan seni lukis dengan orang fesyen kian terjalin dengan gerakan surealisme ini. Paling utama adalah di mana pereka fesyen asal Itali, Elsa Schiaparelli mereka satu busana yang dinamakan Lobster Dress buat Wallis Simpson. Ia adalah kolaborasi di antara Schaparelli dengan Salvador Dali. Mesej di sebalik busana ini adalah tentang konotasi seksual Dali yang sering muncul dalam karyanya.

LOBSTER DRESS REKAAN ELSA SCHIAPARELLI DENGAN SALVADOR DALI ADALAH SATU CONTOH PENTING DALAM GERAKAN SENI SURREALISM