GLAM 101: Denim - Glam Malaysia

GLAM 101: Denim

mother-adalah-jenama-denim-baru-yang-memebri-fokus-dalam-mat

MOTHER ADALAH JENAMA DENIM BARU YANG MEMbeRI FOKUS DALAM MATERIAL YANG LEBIH LEMBUT


 
Denim salah satu inovasi terpenting dalam dunia fesyen. Dahulunya menjadi material untuk pakaian pekerja pembalak, peladang dan koboi, denim telah melalui revolusi apabila menjadi pilihan orang muda pada era 50-an. Yves Saint Laurent pernah berseloroh yang mengimpikan dia adalah orang yang mencipta denim.“They have expression, modesty, sex appeal, simplicity – all i hope for my clothes.”
 
1. Denim terhasil pada kurun ke-18 di Nimes yang terletak di Perancis, warga kota itu cuba meniru fabrik tahan lasak yang dibuat oleh orang Itali lalu fabrik kota nimes itu digelar serge de Nimes dan dipendekkan menjadi denim.
 
2. Levi Strauss saudagar imigran daripada Bavaria datang ke San Francisco untuk memperkenalkan fabriknya yang tahan lasak untuk dijadikan uniform kepada pelombong. Pada 1973 seluar jean rona biru diperkenalkan dan mengambil nama daripada kota Genoa.
 
3. Seluar jean adalah idea asal Jacob W. Davis, seorang tukang jahit yang berasal dari Latvia dan paten seluar denim yang menggunakan fabrik denim serta mencantumkan fabrik menggunakan rivet didaftar pada 20 May 1873.
 
4. Usai perang dunia ke-2, denim mula mencipta revolusi pada era 50-an yang mana ia menjadi kegemaran kumpulan muda seperti skinhead dan punk dan mulai digunakan untuk membuat jaket serta baju.
 
5. Lewat 1960-an designer denim mula memonopoli dunia fesyen dan menyaksikan Richard Avedon mencipta kontroversi dengan merakam Brooke Sheilds yang ketika itu berumur 15 tahun untuk kempen Calvin Klein Jeans.
 
[soliloquy id=”54008″]

See also
GLAM Profil: Melinda Looi