GLAM 101: Black And Beautiful - Glam Malaysia

GLAM 101: Black And Beautiful

Naomi Campbell mungkin mencatat nama paling penting dalam sejarah peragaan dunia apabila mencapai status supermodel. Namun ada lagi insan lain yang terlebih dahulu membuka peluang pada peragawati berkulit gelap untuk diterima dalam pasaran fesyen dunia. Era 70-an menjadi momen penting dalam dunia peragaan apabila ada majalah fesyen berani memberi fokus pada peragawati berkulit gelap.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Apabila tercetusnya Gerakan Hak Asasi di Amerika Syarikat, orang kulit hitam mula memberanikan diri dalam eksplorasi dunia media termasuk bidang fesyen. Dengan adanya gerakan itu, majalah Ebony dilancarkan pada 1945 yang mana memberi fokus kepada wanita berkulit gelap. Turut diperkenalkan adalah Ebony Fashion Fair yakni pertunjukan fesyen dan dalam masa yang sama mengumpul dana buat mereka yang memerlukan untuk pembiayaan kemasukan universiti.

MENDIANG YVES SAINT LAURENT ANTARA YANG BERANI MENGGUNAKAN PERAGAWATI BERKULIT GELAP DAN SALAH SEORANG ADALAH MOUNIA OROSEMANE YANG MENJADI MUSE BUAT JENAMA ITU.