GLAM 101: Baju-T Berslogan - Glam Malaysia

GLAM 101: Baju-T Berslogan

Bukan hanya suara sahaja yang bisa meluahkan kata-kata protes, tetapi baju-T juga mampu menyampaikan mesej yang hendak disampaikan. Kini baju-T berslogan memberikan impak besar dalam dunia fesyen dengan tulisan yang memberi kontroversi hangat. Alternatif ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia sudah dipraktikkan sejak dekad 80-an lagi.

 

Teks: Aizat Aidid

Katahrine Hamnett

1. Katharine Hamnett, pereka fesyen asal United Kingdom menjadi orang penting dalam mencipta revolusi baju dengan tulisan slogan. Baju-baju berslogan ciptaan Hamnett disarungkan oleh selebriti seperti George Michael daripada kumpulan Wham yang memilih untuk memakai baju berslogan “Choose Life”. Supermodel, Naomi Campbell pula pernah menyarung baju berslogan “Use A Condom”.

 

2. Baju berslogan juga dilihat sebagai  medium provokasi semasa kerana tanpa suara ia masih dapat disampaikan pada orang ramai. Melihat pada situasi kes jenama FCUK yang cukup popular pada era 90-an dengan slogan semasa mereka mengembalikan semula trend ini dengan slogan baru seperti “FCUK your selfie” dan “Chill the FCUK out”.

See also
Gaya Berani Grammy Awards 2015

 
3. Trend ini bukan sahaja hangat di pentas fesyen malah turut dipraktikkan ahli politik. Antara yang mencipta momen penting adalah apabila Caroline Lucas menyarungkan baju berslogan “No more page Three” untuk menyuarakan tentang seksisme dalam media.
 
4. Pentas Gucci  koleksi musim luruh yang menggabungkan himpunan buat lelaki dan wanita turut mempunyai ceraian baju yang dihiasi dengan slogan. Alessandro Michele memilih kata pujangga Coco Capitan  “Common sense is not so common” dan “Tomorrow is now yesterday” menjadi DNA buat Michele di Gucci.

 

Gucci Musim Luruh 2017

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse


 
 

Buat sambutan ke-10 House of Holland mempersembahkan koleksi baju berslogan.