Beberapa minggu yang lepas, Donatella Versace telah menyampaikan anugerah International Model of The Year kepada Gigi Hadid tetapi siapa sangka model tersebut bakal muncul dengan gaya yang menghairahkan dalam kempen musim bunga 2017 terbaru Versace.
Walaupun terdapat beberapa foto lain yang menampilkan Gigi memakai busana Versace yang menawan, satu gambar yang dikongsikan oleh akaun instagram @hadidnews menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.
Gigi dalam gambar tersebut tidak mengenakan seurat benang pun sambil dia berbaring di atas cadar sutera Versace. Model tersebut hanya memakai sepasang kasut pumps hitam dan sebuah tas tangan hitam.
Ini bukan pertama kali Gigi muncul di dalam sebuah kempen tanpa mengenakan apa-apa pakaian seperti yang dapat dilihat dalam kempen Stuart Weizman baru-baru ini.