Gemparan Koleksi Robert Wun Puncak Keajaiban Couture Menggoncang Dunia Fesyen
Koleksi terbaru Robert Wun tema ‘Home’ merujuk kepada masa lalu beliau membesar di Hong Kong, serta kenangannya yang terus mempengaruhi rekaannya hingga hari ini.
Robert Wun baru-baru ini mencipta kejayaan besar menjelanga ulang tahun ke-10 jenama fesyennya. Dengan persembahan koleksi couture baharu di Muzium Istana Hong Kong. Dengan lebih 10 rekaan yang direka dengan penuh teliti merupakan koleksi berasaskan kepulangan ke tanah air yang penuh makna baginya. Koleksi yang berdedikasikan penghormatan kepada nenek Wun dan semangat tak tergoyahkan wanita Hong Kong, mencerminkan kekuatan dan kelembutan dalam setiap rekaannya.
Robert Wun’s Centrestage Elite Show in Hong Kong.
Wun mengupas pemahaman awalnya tentang istilah couture (pembuatan eksklusif tahap tertinggi) yang menggunakan “bahan-bahan paling mewah serta seni kraf tertinggi untuk mereka sesuatu yang disesuaikan khas bagi setiap pelanggan khasnmya. Namun, beliau mengakui bahawa walaupun ini merupakan definisi konvensional, para pereka baharu yang menyertai dunia couture sedang menggerakkan konsep ini ke hadapan, mencabar batasannya dan mentakrifkan masa depannya.
Justeru, ada juga beberapa soalan juga timbul mengenai bagaimana teknologi baru mempengaruhi cara reka bentuk beliau. Sambil terbuka kepada kemungkinan, Wun menekankan kepentingan mengekalkan pengetahuan untuk pertukangan tradisional.
Mengimbangkan teknik-teknik pereka yang menggabungkan fungsi pemodelan 3D dan pelbagai kaedah percetakan inovatif ke dalam reka bentuknya yang lebih tradisional. “Ia adalah penting untuk memahami pertukangan tradisional, tetapi juga melihat kepada elemen baharu dalam menghasilkan sesuatu projek”. “Saya tak percaya pada memilih salah satu secara melampau, hanya mengikuti cerita jenama itu sama ada tradisional, futuristik atau avant-garde.” kata Robert Wun.
Terlihat pentas peragaan dengan berlatar belakangkan merah crimson yang menyerlah, seolah-olah mencerminkan perjalanan beliau selama sedekad dalam industri ini. Dikatakan dekorasi merah backdrop adalah incense; bahan biotik beraroma yang mengeluarkan asap wangi apabila dibakar. Biasanya digunakan untuk upacara keagamaan, meditasi, atau penyucian ruang.