7 Gaya Selebriti Wanita Di Paris dan Milan Men’s Fashion Week
Banyak momen menarik terlihat sepanjang Men’s Fashion Week berlangsung, antaranya kehadiran selebriti wanita yang tampil cukup menawan.
Musim Men’s Fashion Week telah kembali pada tahun ini dengan koleksi-koleksi musim luruh dan musim bunga yang menarik. Selebriti ikonik wanita yang menjadi jemputan membuat kemunculan dengan penuh gayanya sepanjang musim minggu fesyen ini. Busana-busana yang digayakan membuatkan mereka kelihatan seperti bunga yang jelita di tengah-tengah hutan. Hari ini, GLAM akan berkongsi 7 gaya selebriti wanita di Paris dan Milan Men’s Fashion Week.
#1 Rihanna (AWGE)
Untuk menunjukkan tanda sokongan kepada pasangannya, Rihanna berada di barisan hadapan untuk pertunjukkan A$AP Rocky x American Sabotage by AWGE Menswear Spring 2025. Rihanna mengenakan dress mini putih yang kelihatan seperti tank top klasik, dilengkapi oleh elemen garter di hujung busananya. Penyanyi terkenal itu juga memadankan pakaiannya dengan jaket puffer berona burgundy dengan lining berbulu putih. Disebalik jaket burgundy nya, Rihanna juga menambah pakaian berona hijau army dan sepotong kain merah memukaukan lagi gayanya itu. Penampilan Rihanna dilengkapi dengan sepasang kasut tumit tinggi kulit berona putih.
#2 Sana (Prada)
Ahli kumpulan wanita Korea Selatan, TWICE, merangkap duta jenama Prada, Sana membuat kemunculan di Milan Men’s Fashion Week pada 16 Jun yang lalu. Sana menggabungkan nilai estetika musim bunga dalam gaun tanpa lengan dengan elemen bunga yang cantik bersama V-neckline serta potongan yang sesuai dengan tubuhnya. Busana Sana juga dihiasi dengan dua tali pinggang kulit, sepasang slingback pumps putih dan tas tangan dari Prada berona cokelat.
#3 Sabrina Carpenter (Loewe dan Louis Vuitton)
Penyanyi kepada lagu hit Espresso, Sabrina Carpenter membuat kemunculan di Paris Men’s Fashion Week Loewe dan Louis Vuitton. Di acara Loewe, Carpenter mengenakan gaun berpotongan berona hijau mint dengan kain sutera yang lembut. Lehernya dilitupi oleh fabrik dari busana itu akan tetapi, bahagian belakang tubuhnya terdedah di bahagian tengah. Carpenter mengekalkan gaya glamornya dengan sederhana dan menakjubkan. Di acara Louis Vuitton, Carpenter mengenakan sepasang dress mini bersama blazer berona putih, menunjukkan kakinya yang cantik ketika karpet biru acara itu. Carpenter menambah gayanya lagi dengan brooch permata, sepasang kasut tumit tinggi putih dan beg kulit putih dari Louis Vuitton yang dihiasi logo ikonik jenama itu. Tali leher hitam yang kontra dengan bajunya memaparkan perkataan “marque L. Vuitton déposée,” yang membawa maksud “trademark L. Vuitton.”
#4 Kate Moss (Dior)
Ikon fesyen Kate Moss menghadirkan diri ke Dior Paris Men’s Fashion Week bersama pasangannya, Count Nikolai von Bismarck. Moss menggayakan gaya chic profesional dengan blazer bercorak houndstooth kelabu yang agak lose dan menampakkan gaya maskulin. Moss menggabungkan pakaiannya dengan busana lower-half-wear signature nya, sepasang seluar pendek dan plunge-neck bodysuit berona hitam.
#5 Venus dan Serena Williams (Gucci)
Pasangan adik-beradik ikonik Williams muncul di acara Gucci Milan Men’s Fashion Week bersama dengan ahli keluarga mereka. Venus muncul dengan busana bermonogram putih yang terdiri daripada skirt midi dan blaus button-up Atlet itu juga menambah trench coat kulit berona merah Ancora, rona trademark jenama Itali itu. Manakala Serena muncul dengan sut Gucci berona merah muda yang bersilang ganda, dilapis dengan kemeja berbutang sheer dan cetakan monogram kristal dari Gucci. Serena menghiasi busananya dengan cermin mata hitam diinspirasikan daripada zaman 70-an dan tas berona merah Ancora.
#6 Jihyo (AMI Paris)
Ketua kepada kumpulan wanita Korea Selatan TWICE, Jihyo hadir ke AMI Paris Men’s Fashion Week dengan busana all black. Vokalis kumpulan TWICE itu menyampaikan aura formal dengan blaus off-shoulder hitam berkilauan dan seluar hitam yang melengkapi gaya profesionalnya. Dengan solekan yang minimal, sepasang anting-anting loop berona emas dan tas tangan verona hitam, Jihyo melengkapkan busananya pada acara itu.
#7 Emily Ratajkowski (Loewe)
Turut hadir ke acara Loewe Paris Men’s Fashion Week, model terkenal Emily Ratajkowski menggayakan kemeja oversized berona merah jambu dan seluar panjang dengan gaya yang amat dramatik. Emily mempamerkan gaya yang chic lebih-lebih lagi apabila dihiasi tali pinggang unik yang dibiarkan separa terbuka. Ketinggiannya dinaikkan lagi dengan sepasang kasut tumit tinggi berona hitam dan anting-anting hoop berona emas.