Gaya Santai Mimi Lana Bawa Aura Cool-Chic Yang Moden

5 Gaya Santai & Simple Mimi Lana Untuk Aura Cool-Chic

Siapa yang tidak kenal pelakon tempatan yang penuh berbakat Mimi Lana? Berbicara mengenai gaya selebriti, Mimi Lana tidak asing lagi dengan wajah yang cantik dan badannya yang langsing. GLAM kongsikan 5 gaya santai Mimi Lana yang boleh dijadikan inspirasi. 

Seperti yang kita lihat di akaun Instagram selebriti ini, Mimi Lana merupakan seorang yang tidak gentar untuk berfesyen yang mengikut citarasanya tersendiri. Bahkan, di laman Instagramnya kita boleh lihat bahawa terdapat banyak gaya fesyen unik yang digayakan dalam kehidupan seharian.

Gaya yang Mimi Lana bawa lebih kepada minimalis dan bersahaja, namun cukup chic dan cool. Dia juga bertuah dikurniakan dengan badan tinggi lampai dan langsing membuatkan setiap helaian yang dikenakan cukup terletak cantik.

5 Gaya Santai Mimi Lana Pilihan GLAM

Jika anda ingin berfesyen tetapi mahukan penampilan yang lebih simple, lihat di bawah beberapa fesyen santai dan simple Mimi Lana yang boleh anda jadikan sebagai inspirasi.

1. BarbieCore

gaya santai mimi lana

Foto: Instagram Mimi Lana

Mimi Lana tampak cantik dan anggun dengan menggayakan dress rona merah jambu di tepi pantai. Untuk melengkapkan fesyen ini, dia turut bergaya bersama dengan kaca mata hitam dan juga sandal rona nude.

Ditambah juga dengan gelang tangan dan rantai pearl. Dress yang bercorak ruffle ini sangat padan untuk dipakai ketika di pantai kerana ianya sangat cantik apabila ditiup angin.

See also
#OOTD Kuala Lumpur Fashion Week 2017 Day 4!

2. Snowy White

gaya santai mimi lana

Foto: Instagram Mimi Lana

Dengan memakai fesyen rona putih head-to-toe, Mimi Lana tampak sangat stunning seperti bidadari. Solekan mata di wajahnya yang bertemakan smokey-eye sangat padan dengan tas tangan rona hitam jenama Dior.

Bergaya dalam fesyen ini, Mimi Lana mendapat pujian ramai warganet kerana tampak sangat anggun dan gorgeous.

3. Back to Basic

Bergaya dengan seluar jeans rona biru laut dan dipadankan dengan t-shirt bercorak, selebriti ini kelihatan sangat bersahaja namun tampak sangat stylish.

Converse highcut yang dipakai olehnya, melengkapi fesyen yang dibawakan. Mimi juga menambahkan aksesori seperti tas tangan dan kaca mata rona hitam yang padan untuk tidak kelihatan terlalu simple. 

4. Polka Dot

Mimi Lana tampak sangat elegance dan feminie dengan dress rona putih yang bercorak polka dot yang seakan-akan seperti dress yang dipakai oleh Princess Diana. Rambutnya yang berikal membuatkan dirinya kelihatan lebih cantik dan padan dengan gaya dress ini.

5. Fit Blazer

Sarungan oversize blazer yang dipakai oleh Mimi, kelihatan sangat santai namun presantable. Outfit ini membuatkan selebriti ini tampak lebih stylo dan seksi dengan padanan mix and match. 

Untuk pengatahuan, blazer bukan hanya dipakai untuk ke pejabat sahaja namun ia juga boleh dipakai di mana-mana sahaja untuk tampak lebih elegant.

Artikel Berkaitan : 5 Gaya Quirky & Stylish Yaya Zahir Pilihan GLAM