Dari Diane Kruger dan Lady Gaga hinggakan ke stailista tempatan Mina Rosli, baby pink merupakan palet warna rambut kegemaran selebriti di seantero dunia kini! Tidak nafikan bahawa warna merah jambu telah lama wujud dalam dunia fesyen; Nicki Minaj sering dikatakan sebagai perintis warna merah jambu sebagai mahkota wanita!
Namun trend bergerak segenap dengan masa dan kini rona merah jambu lembut yakni baby pink pula mendapat spotlight! Kami cabar para fashionista di luar sana untuk mencuba gaya daring tetapi feminin ini!