5 Gaya Pasangan Manis Olivia Rodrigo Dan Louis Partridge
Pasangan manis yang menjadi bualan ramai, Olivia Rodrigo dan Louis Partridge sentiasa berkongsi gaya pasangan mereka untuk peminat tercinta.
Pasangan manis yang menjadi bualan ramai, Olivia Rodrigo dan Louis Partridge semakin hari tidak segan mendedahkan diri masing-masing. Gadis pop-star ini kini sudah menjadi gadis yang “be everything to somebody else” oleh pelakon British itu. Walaupun tiada kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak, pasangan ini sudah mula memberi petunjuk tentang hubungan mereka yang rasmi. Olivia Rodrigo mula terkenal dengan lakonannya bersama Joshua Basset di High School Musical: The Musical: The Series yang ketika itu dikatakan teman lelakinya. Hubungan mereka yang mula retak memberi inspirasi untuk Olivia menulis lagu untuk album pertamanya, Sour. Dua lagunya yang berjudul Drivers License dan good 4 u mendapat sambutan ramai hingga berada di tempat teratas Billboard 100.
Louis Partridge pula mula meraih perhatian ramai dengan rupa kacaknya dalam filem Enola Holmes lakonan bersama Millie Bobby Brown.Sesetengah peminat mereka menggelar diri mereka sebagai ‘kerabat diraja Gen Z’ dan membandingkan mereka dengan Bella Swan dan Edward Cullen dari Twilight. Selain dari muziknya yang hebat, Olivia juga seorang ikon fesyen dengan gayanya yang versatil, menjadikan teman lelakinya automatik bergaya juga. GLAM akan berkongsi 5 gaya pasangan Olivia Rodrigo dan Louis Partridge yang manis bak gula ini.