People’s Choice Awards yang berlangsung di Santa Monica, California baru-baru ini meriah dengan kehadiran bintang ternama.
Dihoskan oleh Simu Liu, anugerah ini memberi penghargaan kepada semua bentuk hiburan termasuk filem, televisyen, muzik dan budaya pop. Pemenang dipilih berdasarkan undian peminat.
Orang ramai dijemput mengundi calon kegemaran dalam 45 kategori berbeza menjelang majlis anugerah itu. Peminat menanti dengan penuh harapan bukan saja untuk melihat artis kegemaran mereka membawa pulang trofi, tetapi juga menyaksikan kehadiran mereka di karpet merah.
People’s Choice Awards tahun ini diserikan dengan penampilan selebriti dalam gaya segak dan anggun yang mencuri perhatian lensa kamera. Kebanyakan bintang muncul di karpet merah dalam persalinan mewah dan glamor. Bagaimanapun ada juga yang tampil dalam gaya aneh dan berani seperti sut tanpa kemeja, topi koboi dan gaun dramatik.
Lihat stail bintang Hollywood di People’s Choice Awards ke-49