#CoupleOutfits 7 Gaya Fesyen Tyra Kamaruzzaman & Emri Pilihan GLAM
tyra emri

7 Gaya Fesyen Tyra Kamaruzzaman & Emri Pilihan GLAM

Pasangan ikon fesyen Tyra Kamaruzzaman dan Emri seringkali menjadi bualan ramai lebih lebih lagi tentang gaya mereka. Mereka berdua seringkali dilihat menggayakan #CoupleOutfits bersama. 

Pada 3 Mei 2024, pasangan pempengaruh dan pereka fesyen tempatan ini telah selamat diijabkabulkan. Sebagai seorang yang cukup popular di media sosial, Tyra dan pasangannya, Emri , tidak ketinggalan menjadi inspirasi anak muda terutama sekali pada gaya mereka yang sentiasa menjadi bualan ramai. Tanpa buang masa, ayuh GLAM ingin berkongsi 7 gaya fesyen Tyra Kamaruzzaman dan Emri. 

#1 Smart Casual

Couple blazer yang dikenakan oleh pasangan ini ketika berada di Osaka, Jepun dipasangkan bersama couple cap daripada jenama Emri Vision memberi gaya smart casual yang sesuai dipadankan bersama sneakers. Gaya ini memberi vibe santai dan kasual namun masih boleh digayakan untuk pelbagai jenis acara. 

 

#2 Burnt Orange, Warna Berani 

Dress berwarna burnt orange yang diberi nama TYRA daripada jenama Emri Vision ini menaikkan lagi seri Tyra bersama suaminya, Emri, pada malam majlis House of DiscoveRE yang berlangsung pada Mac lalu. Kedua-dua  pasangan sama cantik, sama padan ini kelihatan cukup berani menggayakan warna yang terang pada malam itu. 

 

#3 Gaya Elegan dan Classy

Antara pasangan yang tampil dengan busana serasi dan cukup elegan pada malam gala Most GLAM yang lalu! Tyra yang mengenakan busana dari jenama Jacquemus dan Sacai memberikan hasil penampilan cukup classic dipadankan pula bersama Emri yang tampil cukup segak mengenakan sut daripada jenamanya sendiri iaitu Emri Vision, langsung membuatkan pasangan itu kelihatan cukup sepadan sesuai mengikut tema majlis itu. 

 

#4 Black and White, saling melengkapi

Tyra tampil mengenakan busana satin berwarna putih, manakala Emri menyarung sut hitam. Kedua-duanya memberi efek yang kontra namun sedar atau tidak warna yang digayakan mereka melengkapi satu sama lain, bak yin dan yang. And you can never go wrong with black and white! 

#5 Manis Di Majlis Pertunangan

Foto yang dirakam sewaktu perjumpaan keluarga kedua-dua belah pihak ini menampilkan gaya yang cukup manis. Bukan itu sahaja, pasangan hangat ini terlihat berseri-seri sesuai dengan acara formal sebegini. Kemeja corak moden berona biru Emri bersama kurung moden berwarna putih satin oleh Tyra saling melengkapi satu sama lain, membuatkan mereka berdua kelihatan bagai pinang dibelah dua.

 

#6 All Black!

Pasangan ini sering kali dilihat mengenakan busana sepadan dalam rona hitam setiap kali foto bersama. Seperti kita semua tahu, warna hitam memang menjadi pilihan gaya fesyen ramai kerana ia boleh dipadankan bersama pelbagai warna lain malah ia merupakan pilihan yang terbaik untuk mencapai stail simple namun masih tetap classy

 

#7 Tema Puteri Gunung Ledang untuk Hari Persandingan

Busana pengantin baru Tyra dan Emri menjadi bualan ramai pada hari perkahwinan mereka yang berlangsung pada 4 Mei 2024, Sabtu.  Bertemakan Puteri Gunung Ledang, Tyra memilih untuk menggayakan busana istimewa hasil rekaan suaminya sendiri. Kami yang mendengar turut rasa teruja kerana ini merupakan salah sebuah langkah romantik yang jarang dilihat oleh mana-mana pasangan lain. Emri yang juga mengenakan busana daripada jenamanya sendiri, Emri Vision, tampil cukup segak bak pahlawan Melayu kala dulu!