Gaya Daring Kaca Mata Hitam. Yang mana satu jadi pilihanmu?

Gaya Daring Kaca Mata Hitam

Kaca mata hitam bukan lagi sebagai pelindung diri daripada panahan cahaya matahari tetapi sebagai penentu gaya pada hari itu. Apakah pilihan kamu sehebat enam selebriti pilihan ini?

 

Melangkah dengan memakai kaca mata hitam, paling gelap paling elegan, lebih besar lebih gaya dan yang paling berjenama pastinya menjadi lambang status diri. Memilih bentuk kaca mata sepadan tema pakaian setiap hari ternyata lebih sukar.

 

Panduanmu semestinya melirik gaya selebriti antarabangsa ini. Gaya mereka pastinya menjadi penentu pilihan kamu.

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 
 
 

CAROLINE VREELAND

 

Model dan pemuzik Caroline Vreeland dikatakan jadi perhatian kerana gaya beraninya. Anak saudara editor fesyen Diana Vreeland ini tampil dengan kaca mata Fendi di acara jenama itu sendiri.