Gaya Daring Kaca Mata Hitam. Yang mana satu jadi pilihanmu?

Gaya Daring Kaca Mata Hitam

Kaca mata hitam bukan lagi sebagai pelindung diri daripada panahan cahaya matahari tetapi sebagai penentu gaya pada hari itu. Apakah pilihan kamu sehebat enam selebriti pilihan ini?

 

Melangkah dengan memakai kaca mata hitam, paling gelap paling elegan, lebih besar lebih gaya dan yang paling berjenama pastinya menjadi lambang status diri. Memilih bentuk kaca mata sepadan tema pakaian setiap hari ternyata lebih sukar.

 

Panduanmu semestinya melirik gaya selebriti antarabangsa ini. Gaya mereka pastinya menjadi penentu pilihan kamu.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 
 
 

VANESSA HUDGENS

 

Pelakon High School Musical ini sering menjadi perhatian dunia kerana penampilannya. Dia menggayakan kaca mata Fendi Rainbow dengan penampilan paling santai dan bersahaja. Bentuk bingkai cat-eye sungguh memikat.