Gaya Dan Trend Dari Koleksi Milan Fashion Week 2024
Gaya Dan Trend Dari Koleksi Milan Fashion Week 2024

Gaya Dan Trend Dari Koleksi Milan Fashion Week 2024

Mari imbas kembali gaya dan trend dari koleksi Milan Fashion Week 2024 yang menarik pilihan hati dan mata GLAM!

Musim Milan Fashion Week 2024 baru sahaja berakhir minggu yang lalu. Kita disajikan dengan pelbagai jenis rekaan dari pereka-pereka ternama di dunia. Dari penggunaan rona yang menghuraikan apa itu musim bunga dan musim panas hingga ke penggunaan material yang sesuai menjadi tumpuan ramai. Untuk mengimbas kembali minggu fesyen kesukaan ramai ini, GLAM akan berkongsi gaya dan trend dari koleksi Milan Fashion Week 2024.

#1 Merah Sebagai Statement Utama

Statement merah akan sentiasa menjadi trend fesyen utama lebih-lebih lagi pada tahun ini. Jenama seperti Gucci, Ferragamo danFerrari fokus kepada rona merah yang seringkali dilihat sebagai timeless dalam dunia fesyen. Rona yang versatil ini sentiasa berada di pentas runway tidak kira musim menjadikan merah sebagai warna wajib di dalam almari penggemar fesyen. Jangkaan fesyen 2024 tentang rona hangat ini semestinya sangat tepat. Gaya merah Gucci yang fokus kepada outerwear memberi aura formal dan bergaya dalam setiap peragaan tersebut. Ferragamo yang lebih fokus kepada gaun dan chic manakala Ferrari tidak pernah gagal dalam menonjolkan sifat kewanitaan dalam rekaan mereka. 

Gucci

Ferragamo

Ferrari

#2 Elemen 70-an

Di bawa semula ke tahun 70-an, Versace sekali lagi menghidangkan koleksi-koleksi yang cantik dipandang. Elemen flowy dan pilihan rona-rona yang lembut serta warna-warni, Versace membawa semula trend 70-an ini dalam koleksi musim bunga musim panas tahun ini. Koleksi ini juga mengingatkan kami kepada koleksi musim panas Versace pada tahun 2004, dengan corak floral dan rona lembut berwarna-warni. Material selabuci dan satin yang digunakan memberi feminiti dan gaya 70-an kepada koleksi ini.  Penggunaan material suede dan rona coklat digabungkan dengan rona biru dan emas memberi impak yang lebih matang dalam koleksi ini. Selain itu, penggunaan rona seperti ungu, kuning dan hijau menggambarkan musim bunga dan musim panas dengan sempurna.

See also
Gaya Fesyen Terinspirasi "Spotify Wrapped" 2024 Anda

Versace Trend

Versace Trend

#3 Fashionably Formal

Office Siren, Office-core dan Devil Wears Prada merupakan antara gaya yang memberi topik hangat dalam dunia fesyen pada tahun ini. Elemen yang menggabungkan fesyen dengan gaya formal ke pejabat ini merupakan satu trend yang masih hangat. Jenama-jenama seperti Prada, Boss dan Bottega Veneta tidak pernah mengcewakan. Olahan blazer dan sut dalam koleksi kali ini memberi aura formaliti yang bergaya. Kini, semua orang boleh ke pejabat dengan gaya yang sempurna. 

Bottega Veneta

Boss

Prada

#4 Hitam Atas Hitam

“Black will never go wrong,” semestinya disetujui ramai lebih-lebih lagi untuk penggemar fesyen. Rona yang digemari ramai ini akan sentiasa menjadi tumpuan minggu fesyen setiap tahun. Gaya yang boleh dicapai dengan rona versatil ini sangatlah tidak terhad jika pandai digayakan. Annakiki dan Ferragamo menggunakan rona hitam sebagai salah satu tumpuan utama untuk koleksi mereka. Annakiki fokus kepada gaya edgy dengan penggunaan rona hitam dalam rekaan mereka. Penggunaan corak melambangkan kekuatan dan sedikit elemen Y2K di dalam rekaan ini membuatkan keunikkan Annakiki terserlah. Ferragamo lebih fokus dalam menunjukkan elegan dalam penggunaan rona hitam. Gaun dan sut untuk wanita menjadi kunci trend mereka tahun ini. 

MFW24

Annakiki

MFW24 TREND

Ferragamo

#5 Hijau Tumpuan Utama MFW24

“Green is the new black.” Mungkin ini ialah kata-kata yang mampu menggambarkan Milan Fashion Week 2024. Dari rona hijau neon hingga ke hijau gelap dan hijau sage, semuanya menjadi tumpuan utama minggu fesyen kali ini. Burberry, Versace dan Gucci adalah antara jenama yang membawa rona hijau ke atas pentas runway dengan elemen mereka yang tersendiri. Rona hijau sememangnya satu trend fesyen yang juga rancak meningkat. 

Burberry

Burberry

gucci Trend

Gucci

Versace Trend

Versace