Kelompok elit British berkumpul di BAFTA Television Awards yang berlangsung di Theatre Royal, London bagi meraikan bakat hebat di saluran televisyen negara itu. Aktres, personaliti tv serta penghibur, kesemuanya hadir dengan gaya tersendiri. Rona hitam putih juga nude dilihat menjadi pilihan selamat namun ada yang menyerlah dengan busana rona terang seperti digayakan Lucy Mecklenburgh, laksana Hollywood starlet. Lihat antara gaya yang terbaik hamparan merah di bawah.