Ini Gaya Anna Jobling & Selebriti Lokal Bercuti Di Luar Negara - Page 5 of 5 - Glam Malaysia
gaya anna jobling

Ini Gaya Anna Jobling & Selebriti Lokal Bercuti Di Luar Negara

Adakah sekarang ini sedang lagi musim bercuti? Ada yang ke Eropah dan ada juga yang melawat Asia. GLAM  kongsi gaya Anna Jobling dan lagi selebriti lokal bercuti yang menjadi pilihan kami.

Baru-baru ini, GLAM sempat melihat di laman media sosial. GLAM tertarik dengan gaya Anna Jobling, Daiyan Trisha, Siti Saleha ramai lagi yang sedang seronok mengembara ke luar negara. Walaupun kebanyakannya hadir untuk tuntutan kerja, namun mereka ini kelihatan sangat gembira dan sempat menyelit masa untuk menikmati keindahan kota yang mereka lawati.

Sudah tentu sekali persiapan percutian ke luar negara ini haruslah lebih ekstra berbanding bercuti di dalam negara. PIlihan baju yang bersesuaian, kelengkapan diri yang cukup, maklumlah henda berkunjung ke negara orang. Sudah tentu lokasi dan pemandangannya yang indah, struktur bandar dan pembangunan ikonik penuh bersejarah membuatkan kita yang melawat tidak menang tangan hendak merakam gambar.

Bukan itu sahaja, generasi hari ini cukup popular dengan terma OOTD. Tidak lengkap jika percutian tidak seiring dengan gambar OOTD melengkapkan lagi memori percutian indah. GLAM kongsikan beberapa gaya yang menjadi pilihan kami untuk anda jadikan inspirasi kala bercuti!

GLAM Kongsi Gaya Anna Jobling & Selebriti Lokal Kala Bercuti!

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#5 Siti Saleha tampil minimal

Ini adalah gaya yang paling santai namun masih tetap tampak bergaya. Mengenakan top longgar bersama paduan skinny jeans rona hitam bersama sneakers daripada TOD’S membuatkan gaya Siti Saleha ini kelihatan sangat selesa. Terutama sekali buat anda yang gemar berjalan jaut  Ini adalah gaya minimalist terbaik pilihan GLAM. Dipadu pula bersama gaya rambut sanggul rendah, Siti Saleha adalah definisi sebenar gadis chic kala bercuti.

selebriti lokal bercuti

 

Pautan Berkaitan: Lebih Segar, Ini 5 Inspirasi Gaya Rambut Selebriti Lokal Pilihan GLAM