Gaun Perkahwinan Ratu Elizabeth II Direplikakan - Glam Malaysia

Gaun Perkahwinan Ratu Elizabeth II Direplikakan

Persalinan Ratu Elizabeth II ketika perkahwinannya bersama Putera Phillip pada tahun 1947 merupakan salah satu gaun perkahwinan paling ikonik sepanjang zaman.

alex-bailey-netflix

Sumber: Alex Bailey / Netflix

Sepasang replika tepat telah ditempah semula bagi rancangan drama The Crown, yang menceritakan tentang kehidupan Ratu Elizabeth II ketika perawalan baginda menaiki takhta. Kos bagi drama tersebut? Lebih $130 juta dollar, dan gaun perkahwinan replika tersebut sahaja sudah mencecah kira-kira $37,000 (hampir RM 160,000)! Ia mengambil masa tujuh minggu untuk menyiapkan gaun tersebut walaupun hanya berada di skrin selama 9 minit dalam episod pertama.

 

Diinspirasikan gaun asal yang diperbuat dari sutera ivori dan satin duchesse oleh Norman Hartnell, gaun replika itu mempunyai detail yang sangat teliti seperti motif sulaman bintang berbunga dan 10,000 mutiara diterbangkan khas dari Amerika. Persalinan itu dilengkapi dengan dua utas mutiara dan tiara berlian, bersama  kelubung tulle. Gaun asal oleh couturier diraja itu mengambil masa selama enam bulan untuk disempurnakan.

See also
Bone Cuff Elsa Peretti Perisai Wonder Woman

 
https://www.instagram.com/p/BHC2JqEASHW/?taken-by=royal_collection_trust

 

https://www.instagram.com/p/BHEu-49ACjz/?taken-by=royal_collection_trust

 

Oleh: Aizat Azman Shah