Melihat situasi sekarang yang sukar untuk kita kembara. Itu tidak menghalang Nicholas Ghesquiere untuk melancarkan himpunan Cruise 2021 buat Louis Vuitton. Dia menukar aliran koleksi dengan rekaan yang berlandaskan perjalanan dalaman dan peribadi. Game On! merupakan himpunan pra-musim bunga di Louis Vuitton 2021 yang mendapat inspirasi daripada motif permainan kad.
Ghesquiere melihat fesyen ini adalah satu permainan hidup. Dek kerana itu, judul koleksi ini diletakkan Game On. Paduan bunga monogram klasik Louis Vuitton bersama empat motif kad yakni daun sped, hati, berlian dan club menari bersama seiring mencipta grafik baru. Simbol ini memancarkan gaya lebih playfullness dan melirik ilusi pada legasi Louis Vuitton. Motif daun kad juga diambil kerana ia menjadi lambang peneman setia ketika kita kembara.
Banyak koleksi kulit disimbah dengan corak daun kad bersama bunga monogram Louis Vuitton. Mata pati akan tertumpu pada Petite Malle dan Vanity PM yang digubah pada material hitam dan putih. Manakala bunga coraknya pula dalam rona merah ceri dan biru laut. Selari dengan inspirasi permaian daun kad, Ghesquiere juga mereka beg bentuk hati yang pertama di Louis Vuitton. Beg Monogram heart menggunakan material corak monogram klasik Louis Vuitton dan diserikan bersama satu cetakan hati merah untuk memberi gaya edgy.
Bagi merayakan koleksi pra-musim bunga 2021, Louis Vuitton menjemput pelakon dan sahabat kepada jenama Paris ini, Lea Seydoux untuk merakam kempen. Dia dalam helaian sarat dengan bunga monogram baru dan latar belakang dengan kad gergasi corak yang sama.