Koleksi Dior Cruise 2019 Penuh Liar dan Sofistikasi

Gabungan Elemen Sofistikasi dan Wanita Tegar Dior Dengan Jennifer Lawrence

Gabungan elemen feminin dan maskulin wanita Dior digabungkan untuk menghasilkan sinergi unggul Koleksi Cruise 2019.

 

Sekali lagi Jennifer Lawrence bekerjasama dengan Dior. Menjadi wajah Dior sejak 2012 lagi, ternyata peribadi dan perwatakan pelakon itu di dunia filem serasi untuk koleksi kali ini.

Mengambil serius tugasnya sebagai pengarah kreatif Dior dan juga seorang wanita, Maria Grazia Chiuri meneruskan perjuangannya untuk membantu memberi suara kepada golongan wanita serata dunia menggunakan landasan fesyen.

 

Menjiwai konsep koleksi Cruise 2019 Dior, Jennifer Lawrence kelihatan sangat hebat menggayakan ceraian daripada koleksi tersebut dikelilingi pula tanah tandus sekali gus menghidupkan semangat wanita-wanita escaramuza yang merupakan inspirasi utama Chiuri kali ini.

 
[envira-gallery id=”85947″]

Mengambil elemen feminin yang ditampilkan oleh escaramuza, Chiuri memberi lebih tumpuan kepada elemen tersebut yang kemudiannya diberikan sentuhan lebih edgy untuk mengimbangkan koleksi ini mengikut cita rasa wanita moden masa kini.