Forevermark Avaanti Beri Desiran Mewah Baharu - Glam Malaysia
forevermark avaanti

Forevermark Avaanti Beri Desiran Mewah Baharu

Forevermark mahu barang kemas mereka mampu berikan kesan positif kepada yang memakai. Atas misi ini, Forevermark Avaanti dilancarkan dengan membawa misi penuh kuasa dan mencipta impak setiap kali barang kemas ini disarungkan oleh wanita. Semangat yang laur biasa inilah menjadi resmi buat Forevermark Avaanti. Barang kemas yang mampi memberi inspirasi kepada kekuatan dalaman .

forevermark avaanti

Bagaikan desiran yang memberi simbol baru dalam hidup hadir dalam 36 item yang dihiasi dengan berlian Forevermark 0.10, 0.18 dan 0.30 karat. Di Malaysia 15 items barang kemas ini bakal menjadi dambaan utama. Setiap barang kemas diikat dengan emas mawar mahupun emas putih 18 karat. rekaannya pula lebih ersifat organik dengan bentuk membulat.

Ketua Pengarah Urusan Forevermark, Nacy Liu berkongsi yang setiap kerlipan walaupun kecil dan setiap idea yang lahir adalah bermula dengan kamu sendiri. “Kempen ini juga menjadi peringatan kepada semua yang kita tidak sepatutnya memandang rendah pada semua potensi yang ada berserta impak yang teercipta darinya,” sambung Liu. Kempen khas buat koleksi baru ini terdiri daripada insan kreatif wanita. Pengarah video oleh Vicky Lawton dan Anya Holdstock bertugas sebagai jurugambar bagi menaikkan semangat kuasa wanita.

See also
We're Not Really Strangers x Valentino, Bicara Kepositifan dan Kebersamaan