Final Fantasy dan Jaden Smith Wajah Kempen Louis Vuitton

Final Fantasy dan Jaden Smith Wajah Kempen Louis Vuitton

Oleh: Mujahid Saddam

 

LV Series 4Lightning: A Virtual Heroine

 

Nicolas Ghesquiere cipta kelainan pada kempen “Series 4” Spring/Summer 2016 Louis Vuitton apabila menggunakan Lightning – karakter dalam permainan video Final Fantasy sebagai wajah kempen rumah fesyen itu.

 

Menurut Ghesquiere, estetika fantasi alam maya serta permainan video jelas terlihat dalam koleksi kali ini, justeru pemilihan Lightning cukup sempurna sebagai simbol wanita berani masa kini di mana media sosial dan komunikasi digital menjadi sebahagian daripada hidup manusia.

 

Kempen tersebut turut membariskan jurugambar terkenal Juergen Teller dan Bruce Weber, masing-masing tampil dengan interpretasi berbeza mengenai karakter hebat wanita era ini. Bruce Weber cukup terkenal dengan imej fotografi yang menangkap energi kelompok muda terbang ke Tampa, Florida bagi merakam wajah sekumpulan gadis bersama Jaden Smith, wira muda generasi baru yang melambangkan kebebasan sebenar. “His extraordinary attitude is a new norm,” jelas Ghesquiere mengenai pemilihan Smith dalam kempen itu.

 

Aktres kelahiran Korea yang mencipta nama di Amerika, Bae Doona pula dipilih sebagai wajah kempen yang dirakam Juergen Teller berlatar belakangkan langit biru di Miami. Aktres tersebut merupakan antara inspirasi Nicholas Ghesquiere kala menghasilkan koleksi ini.

See also
Essential Wardrobe Idea Bernas 2021

 

[soliloquy id=”42027″]