Fesyen tahun baru cina 2023

8 Koleksi Fesyen Tahun Baru Cina Yang Glamor

Kemas kini gerobok fesyen kamu dengan koleksi fesyen Tahun Baru Cina 2023 yang mampu memuaskan kehendak stail peribadimu daripada elegan hingga ke quirky!

Tidak mungkin buat mereka yang merayakan Tahun Baru Cina tidak mahu menambah koleksi baju tradisional sebagai pelengkap gaya. Apatah lagi, masuk Tahun Arnab ini semuanya perlu serba baharu. Ia lebih membawa tuah buat mereka yang percaya akannya. GLAM kongiskkan tujuh himpunan fesyen Tahun Baru Cina 2023 yang mampu memberi impak gaya glamor di kala sambutan ini berlangsung.

Koleksi Anggun Tahun Arnab 2023

8 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

BRIAN KHOO

Selamat datang ke dunia Anna May Wong ala Brian Khoo! Bintang Asia pertama popular di Hollywood ini menjadi idea utama dalam koleksi Tahun Baru Cina 2023 di Brian Khoo. Citra gaya diinjek dengan stail old-hollywood glamour dan dimadukan bersama potongan tradisional baju kaum Cina. Tenunan motif burung hummingbird terus menjadi esen penting buat koleksi The Granduer of Spring ini.