Fesyen tahun baru cina 2023

8 Koleksi Fesyen Tahun Baru Cina Yang Glamor

Kemas kini gerobok fesyen kamu dengan koleksi fesyen Tahun Baru Cina 2023 yang mampu memuaskan kehendak stail peribadimu daripada elegan hingga ke quirky!

Tidak mungkin buat mereka yang merayakan Tahun Baru Cina tidak mahu menambah koleksi baju tradisional sebagai pelengkap gaya. Apatah lagi, masuk Tahun Arnab ini semuanya perlu serba baharu. Ia lebih membawa tuah buat mereka yang percaya akannya. GLAM kongiskkan tujuh himpunan fesyen Tahun Baru Cina 2023 yang mampu memberi impak gaya glamor di kala sambutan ini berlangsung.

Koleksi Anggun Tahun Arnab 2023

7 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

AFIQ M.

Afiq M. adalah antara pereka yang bijak memberi gaya ringkas tetapi masih nampak glamor. Tidak perlukan jemeki sarat atau renda yang memenuhi satu badan. Cukup dengan potongan Qipao yang sempurna bersama pilihan fabrik bercorak sederhana. Gabungan dua corak dalam satu gaya menjadikan gaya Tahun Lunar 2023 lebih menarik.