Fesyen tahun baru cina 2023

8 Koleksi Fesyen Tahun Baru Cina Yang Glamor

Kemas kini gerobok fesyen kamu dengan koleksi fesyen Tahun Baru Cina 2023 yang mampu memuaskan kehendak stail peribadimu daripada elegan hingga ke quirky!

Tidak mungkin buat mereka yang merayakan Tahun Baru Cina tidak mahu menambah koleksi baju tradisional sebagai pelengkap gaya. Apatah lagi, masuk Tahun Arnab ini semuanya perlu serba baharu. Ia lebih membawa tuah buat mereka yang percaya akannya. GLAM kongiskkan tujuh himpunan fesyen Tahun Baru Cina 2023 yang mampu memberi impak gaya glamor di kala sambutan ini berlangsung.

Koleksi Anggun Tahun Arnab 2023

5 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

MAARIMAIA

The Modern Orient adalah taruhan Maarimaia buat himpunan fesyen Tahun Baru Cina 2023. Ceraiannya kekal dengan DNA jenama ini yang kontemporari dan diinjek rasa moden. Lebih manis dengan pilihan fabrik serta perincian yang dramatik tetapi tetap menampakkan godaan kewanitaannya.