Rozita Che Wan atau Che Ta sememangnya sinonim dengan kemewahan dalam fesyen raya. Tahun lalu, beliau dan keluarga tampil dalam persalinan berwarna magenta yang menyerlahkan aura glamor mereka. Perincian mewah dan fabrik eksklusif menambah nilai kemegahan kepada gaya mereka.