Dalam bayu musim luruh, Ameera Khan memperagakan helaian Maxmara berona kelabu asap dengan tekstur suede yang lembut dipadankan dengan skirt pendek bercorak renda halus. Di bawah sinar mentari Milan, Ameera bagaikan kanvas yang menghidupkan seni fesyen dalam setiap gerakannya.