Ferragamo Hug Dan Kasut Ballerina Taruhan Terkini

Ketukangan Mewah Beg Hug dan Kasut Ballerina Ferragamo

Ferragamo mempunyai banyak item fesyen yang ikonik, tetapi apa menjadi idaman wanita sekarang adalah beg Hug dan kasut ala penari balet yang diberi nama, Zina.

Maximilian Davis selaku Pengarah Kreatif di Ferragamo adalah antara insan kreatif penting era kini. Kerana dia berjaya menghidupkan kembali gaya wanita Ferragamo dalam citra yang lebih elegan dan masih mempunyai elemen fesyen yang tinggi. Sejak mengemudi jenama Itali ini, Davis tidak pernah mengecewakan peminat fesyen. Semua koleksi baik baju, kasut mahupun beg berjaya mencipta fenomena yang tersendiri. Antara beg Ferragamo yang menjadi impian semua adalah beg Hug. Ia kian terus mendapat tempat dihati peminat sejak diperkenalkan pada koleksi musim luruh 2023.

Kali ini be ikonik moden Ferragamo ini ditambah dengan citra lebih indah. Penghasilan beg Ferragamo Hug adalah bukti keunggulan para artisan jenama ini dalam menggabungkan cita inovasi dan reka cipta. Ia membiaskan kesungguhan Ferragamo dalam menghasilkan sesuatu yang bermutu tinggi dengan mengangkat nilai tradisi mereka.

See also
Trend Baru Musim Ini, Semak Trik Fesyen Tiga Label Utama

Langkah paling utama adalah dalam pemilihan material kulit yang berkualiti dan tahan lama serta ia dihasilkan di Itali. Elemen penting dalam beg ini bukan sahaja pada bentuk seakan pelukan, malah pemegang beg yang digubah dengan jalinan nan elegan. Menambah kemewahan, adalah beg charm yang digantung pada pemegang beg Hug oleh Ferragamo.

Selain beg Hug di Ferragamo, jenama Itali ini turut terkenal dengan pilihan kasut yang anggun. Kasut leper mereka adalah yang menjadi buruan wanita. Kerana direka cukup selesa, boleh melangkah jauh tanpa rasa penat dan lelah. Ferragamo juga mempunyai sejarah yang lama dalam menghasilkan kasut, sejak dekad 20-an lagi sudah mempunyai pelbagai pilihan kasut yang cantik-cantik.

Kasut ballerina ini mempunyai rekaan yang sama dengan kasut yang dipakai oleh penari profesional balet. Sebelum ini pun, Ferragamo memang sudah ada kasut ala ballerina. Antara penari yang pernah memilih kasut ballerina ilham Ferragamo adalah Katherine Dunham, Anna Pavlova dan Agnes de Mille.

Melihat trend sekarang yang mana wanita sukakan kasut ala penari balet, maka Davis melancarkan kasut Zina. Ada 200 langkah diambil bagi menghasilkan kasut Zina ini. Muncung kasut Zina mengekalkan bentuk asli kasut balet. Ia menggunakan material nappa, sejenis kulit yang lembut bagi memberi efek yang lebih selesa. Bahagian dalam kasut pula ditambah dengan material empuk. Menambah gaya ikonik pada kasut Zina, artisan memilih perincian plak Vara yang dihiasi pada atas hujung kasut.

See also
Kempen Seni Artistik Burberry

Artikel Berkaitan: Scha Alyahya Pusing Satu Milan Dengan Ferragamo