Gaya Layering Sebagai Paksi Utama Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2024 - Glam Malaysia

Gaya Layering Sebagai Paksi Utama Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2024

Bagi koleksi Musim Bunga/Panas 2024 kali ini, Onitsuka Tiger memperkenalkan himpunan ‘Yellow Collection’ Di Minggu Fesyen Milan. Jenama fesyen Jepun ini sangat nyata dalam mengekalkan DNA elemen fesyennya. Lantas, berterusan menghasilkan koleksi gerobok pakaian kontemporari dengan gabungan fesyen serta sukan dalam menzahirkan rekaan yang selesa dan inovatif.

Onitsuka Tiger terus giat cemerlang dalam menjelajahi dunia industri fesyen. Penghormatan terhadap warisan yang dipadukan dengan gaya kreatif moden kontemporari, menjadikan label fesyen ini terus dijulang sebagai antara jenama fesyen yang diminati. Rekaan siluet klasik yang diinovatif sehinggalah kepada gaya baru yang menyegarkan merupakan kunci buat Onitsuka Tiger. Koleksi Musim Bunga/Panas 2024 di bawah pimpinan Andrea Pompilio kali ini diperlihatkan sebagai suatu koleksi yang bukan sahaja tampak moden, sofistikated dan very eye-catching! 

BLAUS KAIT DISARUNG DENGAN DRESS LABUH, KASUT DENTIGRE CAGE DAN BEG TOTE MEDIUM DI ONITSUKA TIGER.

“Personal Layered”, kunci utama buat Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2024

Kaedah lapisan demi lapisan merupakan tradisi budaya Jepun dan menjadi DNA yang sangat kuat buat label pakaian Onitsuka Tiger. “Personal Layered” atau “Lapisan Peribadi’ adalah ekspresi utama yang diangkat selaku tema untuk koleksi kali ini. Variasi rona penggayaan peribadi dilakukan secara meluas dengan menggabungkan lapisan serta potongan siluet yang chic. Meskipun menggunakan konsep yang sama, koleksi ini terdiri daripada helaian yang unik dengan mood sofistikated, elegan dan penuh dengan modenisasi.

ALICIA BERBUSANA DRESS CORAK ABSTRAK SERTA BUT NANKYOKU TIGER. LOUIS PULA MENYARUNG TOP DA SELUAR. SEMUNYA DI ONITSUKA TIGER.

Musim ini, helaian pakaian wanita diperlihatkan dengan konsistensi perincian suntikan gaya feminin. Potongan siluet asimetri dan transparensi adalah karakter utama yang dipaparkan dalam koleksi ini. Helaian menarik seperti dress serta kemeja T dengan keratan panjang yang berbeza, nyata mencetuskan siluet yang tidak dijangka pada elemen lapisan ini. Material fabrik kapas yang berstruktur dan rajut nilon lutsinar, memberikan hasil inovatif yang menunjukkan bebayang badan. Selain itu, penampilan ini dilengkapi juga dengan cetakan bunga hasil rekaan kolaborasi  Onitsuka Tiger bersama Nowartt, jenama grafik tekstil Jepun.

DUA DRESS CORAK BUNGA DIGAYAKAN DALAM SATU STAIL, CATURAN ONITSUKA TIGER.

Bagi lelaki pula, stail klasik ditafsirkan secara kontemporari di mana ianya padanan yang sama sekali kontras dengan elemen romantik dalam gerobok wanita. Perinciannya sangat lembut namun rapi, dengan lapisan fabrik yang dimodenisasikan. Look ala ala sporty dan koleksi yang tampak kemas ini dipadukan dengan palet warna monokromatik. Turut ditawarkan musim ini, himpunan sepatu sneakers dengan reka bentuk ketinggian yang berbeza seperti slip-on, potongan tinggi dan but buku lali. Koleksi Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2024 ini mencipta keharmonian yang inovatif dan kecemerlangan fesyen dari Jepun.

ALICIA MENYARUNG BAJU CORAK BUNGA DENGAN DRESS CORAK SEDONDON SERTA SANDAL TIGER WARAJI. LOUIS DALAM TOP KAIT, KUTANG, SELUAR PENDEK DAN BERAKSESORI KASUT DENTIGRE CAGE JUGA BEG TOTE SAIZ KECIL DAN MEDIUM DI ONITSUKA TIGER.

Koleksi Onitsuka Tiger boleh didapatkan di Pavilion Kuala Lumpur, tingkat 3.

See also
Antara Militari, Kelasi Dan Power Woman Di Prada

Artikel Berkaitan: MOLLETY™, Kasut Platform Interpretasi Baharu Onitsuka Tiger