Use your ← → (arrow) keys to browse
2. Seluar: Low-cut
Trend Y2K yang popular pada tahun 2000-an kini masih menjadi pilihan sebahagian rumah fesyen untuk koleksi musim luruh, bermula dengan jeans potongan low-cut. Selepas bertahun-tahun mempersembahkan celana jenis high-cut, kini laluan diberikan kepada celana potongan paras pinggul, digayakan dengan tali pinggang lebar dipadu bersama crop top. Givenchy, Versace, Diesel dan Missoni semuanya menunjukkan gaya sedemikian dalam koleksi mereka untuk musim bunga-musim panas dan musim luruh-musim sejuk 2022, dalam bentuk jeans longgar, potongan lurus serta kargo.