Fashion Face-Off: Siapa Lagi Bergaya? Kate Atau Sophie? - Glam Malaysia

Fashion Face-Off: Siapa Lagi Bergaya? Kate Atau Sophie?

Prince William, Duke of Cambridge and Catherine, Duchess of Cambridge attend the Official Welcome Ceremony for the Royal Tou
 
Sophie Gregoire-Trudeau, isteri Perdana Menteri Canada dikagumi kerana citarasa fesyennya persis Kate Middleton. Bahkan, beliau turut digelar “Canadian Kate” oleh rakyat negara tersebut.
 

Walaubagaimanapun baru-baru ini, gaya pilihan Sophie ketika Kate sekeluarga tiba di Kanada membuktikan bahawa beliau masih tidak setanding dengan bakal permaisuri Britain tersebut.

 

Meskipun rekaan yang dipilih kedua-dua wanita ini lebih kurang sama, Kate ternyata bergaya dengan lebih baik.

 
The Duke and Duchess of Cambridge visit Canada - 24 Sep 2016
 
Duchess of Cambridge tampil elegan dalam gaun body-contouring biru diraja rekaan Jenny Packham dan kasut tumit tinggi berkemasan suede oleh Gianvito Rossi sementara Sophie mengenakan rekaan Edition de Robes bersama kasut tumit dari Gianvito Rossi juga.
 
Titik penentuan fashion face-off antara dua wanita ini adalah topi fedora Sophie yang mempunyai tona warna berbeza dari gaun pilihannya berbanding Kate yang menggayakan saucer berwarna biru diraja direka khas oleh Lock & Co.
 
Kate – 1, Sophie – 0.

See also
COS Archive Edition : Inspirasi Bauhaus