Essential Wardrobe Idea Bernas 2021 - Glam Malaysia
Essential Wardrobe

Essential Wardrobe Idea Bernas 2021

Tahun 2020 menyaksikan rumah sebagai lokasi paling penting. Segalanya di rumah sahaja. Bekerja dari rumah, bercuti di rumah ada upacara glamor pun from home juga. Duduk depan laptop sambil menikmati hidangan fine-dining, juga di rumah. So, tepatlah masanya untuk update your wardrobe agar lebih padat dengan isi-isi yang essential. Trend duduk di rumah ini membuahkan idea pada Bottega Veneta untuk rethink their new collection. Koleksi Spring 2021 dari Bottega Veneta dijudulkan sebagai himpunan Wadrobe 01. Ia adalah ceraian essential wardrobe yang menyenangkan dalam hal tata gaya.

Garapan idea Daniel Lee, selaku Pengarah Kreatif Bottega Veneta adalah untuk menghimpunkan ceraian yang senang untuk digayakan. Namun, masih diselitkan cita rasa high-impact. Lantas, dipadukan helaian mudah dengan stail from the latest season. Koleksi Wardobe 01 juga memberi fokus pada item-item ikonik baru Bottega Veneta namun digubah agar nampak lebih timeless. Percaturan baru Lee juga boleh dilihat pada gabungan gaya formal bersama kasual. Ia adalah satu unexpected pairings terus mencipta gaya normal baru cara Bottega Veneta.

essential wardrobe
Kempen Wardrobe 01

Semestinya juga, Daniel Lee akan cadangkan aksesori baru buat 2021. Kali ini taruhan Bottega Veneta adalah beg The Clip yang direkan lebih bersifat kekotak. Rekaan beg The cip yang lebih clean ini diperhiasi dengan gancu seperti kilp pada permukaan hujung flap beg. Siluetnya yang kemas ini bisa dipakai dalam apa jua aktiviti. Dari meeting bersama klien atau hujung minggu sesi brunch bersama teman.

essential wardobe
Beg The Clip

Pautan Berkenaan: Sinergi Wanita Paris Buat Longchamp

See also
Pameran Fesyen Manifesto Gabrielle Chanel di Victoria and Albert Museum