Ekspresi Cinta, Idea Bingkisan Hari Kekasih Pandora - Glam Malaysia

Ekspresi Cinta, Idea Bingkisan Hari Kekasih Pandora

BAGI YANG BAKAL MERAIKAN VALENTINE’S DAY, PANDORA CETUSKAN IDEA TERBAIK UNTUK DIJADIKAN HADIAH ISTIMEWA. KOLEKSI PANDORA ME ALTERNATIF SEMPURNA MENYAMPAIKAN MESEJ CINTA. 

Hari Kekasih atau yang lebih dikenali dengan Valentine’s Day, kian menjadi satu sambutan penting buat pasangan yang bercinta. Sebuah tradisi yang popular di seluruh penjuru dunia. Tanggal 14 Februari menjadi hari untuk mengutarakan Hari Kekasih, dan pelbagai cara boleh disambut. Dan pada hari ini jugalah, si kekasih akan berusaha mencari hadiah untuk orang paling istimewa. 

Istimewa untuk tahun 2022, Pandora hadirkan koleksi Pandora ME, sebagai tanda penghargaan dan kasih buat orang paling istimewa. Koleksi untuk semua, merangkumi anak, adik-beradik, sahabat atau sesiapa sahaja. Mungkin sahaja dihadiahkan untuk diri sendiri. Forget all the rules. 

Koleksi Pandora ME temukan dua rekaan baharu yang menyemati kisah yang tersendiri. “Angel” dan “Love” menjadi simbol pada rangkaian perhiasan (cincin dan rantai) yang berbentuk perkataan, lantas menyuntik gaya yang ‘edgy’ pada penampilan. Reka bentuk yang tegap, pastinya memberi penegasan pada gaya pabila menghiasi pergelangan tangan atau leher. 

See also
Evolusi Kim Kardashian: Dari Party Girl LA ke Sosialit Elit Hollywood

‘Charm’ merupakan fokus untuk koleksi kali ini, Pandora menyuguhkan variasi reka bentuk hati dengan warna memikat yang membaluti material pilihan seperti perak dan ros emas. 

Desain lain yang mencuri tumpuan ialah pengikat dengan mengusung desain berbentuk hati yang menyimbolkan asosiasi di antara cinta dan hubungan emosi, tak hanya indah namun penuh makna. 

Rekaan cincin dengan dua warna baharu turut dimuatkan dalam koleksi ini. Terbuat dari ‘black enamel’ dengan jaluran bersadur 14k ros emas dan bebatu hitam dengan perak, yang mana boleh disarung bersama atau dipakai secara berasingan. 

Artikel berkaitan: ‘Ignite the Spark’, Koleksi Perhiasan Lansiran HABIB