Dominasi TB Summer Monogram - Glam Malaysia

Dominasi TB Summer Monogram

BURBERRY ANJURKAN ‘BRAND TAKEOVER’ DI DESTINASI PERCUTIAN PREMIUM, TANJONG BEACH CLUB DI SINGAPURA. KEHADIRAN KELOMPOK FESYEN SEMASA MEMERIAHKAN ACARA. 

Burberry meraikan pelancaran koleksi terbaru Thomas Burberry Summer Monogram dengan mengembara ke seluruh dunia untuk siri pengambilalihan yang mengujakan di destinasi percutian mewah, dengan siri terbaru yang telah dibuka di Tanjong Beach Club di Singapura. 

Sebagai sambutan berterus terhadap warisan jenama dan penerokaan luar, cetakan TB Summer Monogram akan menghiasi beberapa item dan objek di lokasi tersebut, daripada kerusi berjemur dan kusyen tempat duduk, kepada payung dan kabana. Berpadu bersama binaan sempadan coklat kayu oak, monogram TB Summer turut menghiasi mural dinding setinggi 7 meter yang berada di kawasan kelab serta buaian dua tempat duduk ciptaan Burberry sendiri. 

Acara ini menciptakan pengalaman yang penuh makna, di samping itu menghimpunkan bersama ikonografi jenama dengan kembara cuti musim panas, Monogram TB Summer baharu menyaksikan Burberry Check klasik bergabung dengan TB Monogram-motif yang diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Kreatif, Riccardo Tisci. Maka, terhasilkan cetakan bertenaga yang menyimbolkan sinergi antara masa lalu dan sekarang, dan koleksi yang membangkitkan rasa baharu dan helaian kasual mewah untuk dipakai kala percutian musim panas. 

See also
Ferragamo Nomadic, Stail Percutian Moden

Koleksi TB Summer Monogram terjual di stor pop-up eksklusif di Tanjong Beach Club, juga secara online dan seleksi butik Burberry. Menaruhkan jingga terang sebagai rona asas, koleksi ini merangkumi helaian T, seluar pendek, kemeja T, baju mandi dan rangkaian aksesori, bersama tas bucket Lola dan beg silang yang menarik. 

Untuk menghangatkan lagi acara tersebut, Burberry menjemput wajah fesyen semasa, Bright Vachirawait dan Win Metawin. Dan ramai lagi tetamu dari negara jiran, termasuklah para influencer fesyen. 

Bright Vachirawait

Win Metawin

Artikel berkaitan: Ferragamo Nomadic, Stail Percutian Moden