Dior Micro Bags Mencipta Fenomena Baharu - Glam Malaysia
dior micro bags

Dior Micro Bags Mencipta Fenomena Baharu

Sudah bermusim-musim kemunculan micro bags di pentas peragaan dan terus menjadi dambaan orang fesyen. Dalam satu rekaan yang bersaiz kecil, beg ikonik tetap menjadi perisai untuk menlegkapkan gaya. Saya juga gilakan beg bersaiz kecil, tidak lagi sumbat barang yang banyak apabila keluar rumah. Kehidupan yang lebih ringkas dengan beg yang bersaiz kecil ini. Banyak juga jenama fesyen mula melaburkan usaha mereka melahirkan beg mikro. Paling terbaru adalah himpunan Dior Micro Bags yang dilengkapkan dengan beg-beg ikonik mereka.

dior micro bags

Himpunan Dior micro bags adalah beg Lady Dior, Dior Caro, Saddle dan 30 Montaigne. Ini adalah barisan beg yang menjadi item penting buat pecinta Dior juga mereka yang suka mengumpul It-Bag! Artisan di Dior mencabar diri mereka dengan menggubah saiz beg menjadi lebih kecil. Setiap sudut dan rekaan yang digunakan menonjolkan seni teknik yang bermutu tinggi. Beg-beg ini juga disimbahi dengan rona-rona penting yang menjadi kegemaran mendiang Christian Dior. Antara rona yang menjadi pilihan adalah merah, hitam dan hijau pudina.

dior micro bags

Beg bersaiz kecil ini bagi saya cukup mempunyai banyak karakternya. Ia boleh jadikan beg harian, silangkan sahaja pada bahu. Gayakannya bersama baju-T putih dengan celana denim untuk stail hujung minggu. Atau, jinjit beg mikro ini dengan paduan gaun glamor untuk acara malam. Himpunan ini bakal menjelma di butik Dior bermula 24 Jun.

See also
5 Gincu Merah Untuk Meraikan Ketibaan Disember

Pautan Berkenaan: Bayang ‘Classic Summer’ Dalam Himpunan Tory Burch Musim Panas 2021