Koleksi Penuh Keganjilan dan Ilusi Dior Memukau Peminat Fesyen

Dior Membangkitkan Semangat Keganjilan Surrealist

Foto Adrien Dirand

Dengan persekitaran monokrom ibarat memasuki dunia empat dimensi Maria Grazia Chiuri, Dior telah mempersembahkan koleksi adi busana Spring/Summer 2018 yang menerapkan elemen dan jiwa surrealist yang melanggar sempadan normaliti untuk membawakan satu koleksi penuh magis.

 

Grazia Chiuri berjaya menggunakan rona hitam dan putih sahaja untuk memberikan kelainan dan kejutan melalui koleksi ini.

 
[envira-gallery id=”76655″]

Melihat kembali dalam arkib Dior, Grazia Chiuri mengambil inspirasi feminis daripada teman Monsieur Dior sendiri yakni artis Leonor Fini dengan bantuan pembuat topi ternama Stephen Jones. Fini yang menggambarkan seorang wanita berdikari sering memberikan sesuatu yang baru acap kali dia mengenakan busana rekaan Monsieur Dior dan mempersembahkan dirinya yang baru mengikut busana yang dikenakan.

 
[envira-gallery id=”76653″]

Daripada Drags (S/S 1948), ke Jeux de dés (S/S 1948) sehingga Évocation d’un corps, koleksi S/S 2018 Dior mempamerkan kemahiran dan signatur Dior yang menjadi kebanggan buat Maison Dior.

See also
'A Future Together', Jelajah Koleksi Fall 'Ready-to-Wear' 2021 Milik Salvatore Ferragamo

 
[envira-gallery id=”76654″]

Memastikan visinya sebagai seorng feminis dan mengekalkan jiwa asas Dior, Grazia Chiuri berjaya membangkitkan kuasa misteri dalam diri wanita yang sering dipandang enteng oleh masyarakat.