Dior & Jennifer Lawrence Melanggar Batasan Stereotaip Identiti Jantina
“Under this mask, another mask. I will never finish removing all these faces,” merupakan petikan daripada artis, jurufoto, dan pengukir Perancis Claude Cahun yang merupakan seorang individu unik dan enggan tunduk kepada batasan stereotaip jantina yang ditetapkan pada zamannya.
Keberanian dan keunikan Cahun juga merupakan pencetus utama Maria Grazia Chiuri apabila dia menemui hasil karya fotografi Cahun yang seringkali menampilkan dirinya dalam situasi yang mempersoalkan identiti dan juga jantina yang telah ditetapkan. Mengaburkan barisan antara maskulin dan feminin dalam karyanya membuatkan Grazia Chiuri juga terinspirasi untuk mencuba teori ini sendiri dan mencabar pandangan umum dengan koleksi Dior Luruh 2018 .
0 Comments