Use your ← → (arrow) keys to browse
PINAULT Satu lagi keluarga hebat yang punya kuasa besar dalam dunia fesyen adalah keluarga Pinault yang sebelum ini hanya memberi fokus dalam penghasilan barang buat bangunan. Melihat kebangkitan dunia peruncitan fesyen dia mencuba nasib dengan menubuhkan syarikat bernama Artemis yang mana pernah menjadi syarikat induk buat jenama seperti Converse dan Samsonite.
Francois Pinault
Hanya pada 1999, Francois Pinault Berjaya mendapatkan Gucci darpada syarikat musuhnya, LVMH. Gucci kini selesa di bawah telunjuk pengawasan syarikat Kering yang dahulunya dikenali dengan nama Pinault-Printemps- Redoute. Di bawah syrikat Kering ada pelbagai jenama lain seperti Bottega Veneta, Balenciaga, Saint Laurent dan Stella McCartney.
Puma juga menjadi jenama sukan dibawah syarikat Kering
Anak lelakinya, Francois-Henri Pinault diberikan kepercayaan sebagai Presiden buat syarikat Artemis pada 2005. Sehingga Mei 2007, Francois-Henri Pinault dilantik sebagai Ketua Pengarah Eksekutif buat Kering.